Page 150 - SP2021
P. 150
Asyura Binte Ramlan
Anda Tidak Bersendirian!
Kini, stigma dan persepi terhadap pesakit mental semakin berkurangan. Ini merupakan satu kemajuan yang baik. Namun, ramai pelajar masih tetap menyembunyikan keadaan mental mereka yang kurang baik atau membimbangkan. Pada pendapat saya, ini berlaku kerana mereka kurang pasti bagaimana untuk bertindak atau mencari bantuan, walaupun dengan adanya pengajaran tentang kesihatan mental dalam kelas-kelas. Saya juga berasa bahawa oleh itu, ia lebih penting bagi memupuk persekitaran sekolah yang lebih penyayang dan bertimbang rasa.
Persekitaran sekolah yang penyayang dan bertimbang rasa bukan sahaja merujuk kepada sumber-sumber sedia ada, seperti pengajaran kesejahteraan mental atau ramai kaunselor profesional. Namun, persekitaran sekolah yang unggul merupakan hasil usaha setiap hari: setiap pelajar dan guru menjaga satu sama lain, semudah seperti bertanya khabar. Dengan ini, setiap pelajar selalu diingati bahawa mereka tidak bersendirian dalam perjuangan hidup mereka.
148 FORUM • JPJC