Page 145 - SP2021
P. 145

   alamat rumah dan juga preskripsi pesakit bocor kerana penggodam berjaya mengaksesnya. Tambahan pula, menurut rencana akhbar The Straits Times bertarikh Oktober 12 2020, penggodam telah mencuri rakaman kamera litar tertutup peribadi milik sesetengah individu dalam insiden yang lain. Rakaman-rakaman itu juga mengandungi aktiviti-aktiviti intim dan kemudian dijual di lelaman web sebagai bahan lucah. Daripada insiden tersebut, jelaslah kejadian penggodaman, terutama sekali yang berskala besar menggugat privasi orang ramai serta keselamatan dan kemaslahatan sesebuah negara.
Kebelakangan ini, fenomena gelombang penyebaran berita palsu di ruang siber semakin menjadi-jadi. Oleh sebab kandungan berita palsu seringkali disusun dengan teliti oleh pihak yang tidak bertanggungjawab agar ia kelihatan lebih menyakinkan, ramai yang termakan dengan helah dalam berita palsu tersebut. Terutama sekali jika perkara yang dibaca adalah sesuatu yang serius dan mengejutkan, akan menyebabkan kekecohan dan kegelisahan dalam kalangan pengguna siber. Setelah tempoh pemutus litar dikuatkuasakan pada April 2020, seiring dengan peralihan wajib kepada pembelajaran dan bekerja dalam talian,
telah berlaku peningkatan kadar penyebaran maklumat palsu secara mendadak yang berbentuk rantaian mesej di aplikasi WhatsApp. Hal ini berlaku apabila pengguna sambung-menyambung mesej-mesej itu kepada kenalan-kenalan mereka tanpa menyedari ianya tidak benar sama sekali. Misalnya, memo yang kononnya dari Hospital Besar Singapura
mengatakan bahawa Perdana Menteri Lee Hsien Loong dijangkiti virus COVID-19, tersebar di Facebook dan WhatsApp. Kemudian, khabar angin palsu tentang pihak polis yang akan meronda setiap isi rumah sewaktu fasa pemutus litar turut berjaya tersebar melalui platform yang sama. Maka, tercetus rasa panik dalam masyarakat, lalu menyebabkan pembaziran tenaga dan masa untuk mengesahkan kesahihan berita. Hal ini mendorong pemerintah untuk bertindak segera dengan menguatkuasakan Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (POFMA). Akta ini melarang proses memuat naik maklumat yang sembarangan di wadah-wadah komunikasi di ruang siber untuk mengurangkan risiko suatu lingkaran penyebaran maklumat palsu yang mampu mengancam ketenteraman masyarakat. Pendek kata, penyebaran berita palsu di ruang siber sudah menjadi perkara yang lazim dengan rangkaian internet yang kian pesat. Demikian, pengguna perlu sentiasa berwaspada dan menyelidik dahulu kesahihan berita yang diterima.
Walau bagaimanapun, jika dilihat daripada sudut pandangan yang berbeza, ruang siber dimanfaatkan bagi tujuan-tujuan yang munasabah dan patut seperti pembelajaran oleh ramai
YIJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 143





























































































   143   144   145   146   147