Page 142 - SP2021
P. 142

 Keperkasaan Manusia Menjadi Inspirasi Bangsa
Nurul Iman Bte Othman
 Dalam meniti arus pemodenan, manusia sentiasa berdepan dengan pelbagai tantangan politik, ekonomi dan sosial. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua, cabaran-cabaran yang mendatang telah memperkasa manusia untuk bersatu hati dan menggembleng tenaga bagi mengatasi kekangan hidup ini.
Cabaran dalam menangani pandemik COVID-19 telah melahirkan kekuatan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. Untuk menangani pandemik ini secara efektif, vaksin harus dihasilkan supaya imuniti kelompok, ataupun disebut sebagai ‘herd immunity’ dapat dicapai. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak menjangkakan bahawa vaksin boleh dihasilkan dalam masa kurang daripada 18 bulan. Para saintis di seluruh dunia memaparkan dedikasi mereka untuk menghasilkan vaksin yang efektif pada jangka masa yang panjang. Pada bulan September, tahun 2020, kira-kira 321 vaksin telah diuji kaji. Pada November 2020 pula, Syarikat
Pfizer dan BioTech telah mengumumkan bahawa vaksin yang dihasilkan mereka terbukti berkesan. Kini, kami maklum tentang pelbagai jenis vaksin yang digunakan di seluruh dunia antaranya, Pfizer, Mordena dan Sinovac. Dalam proses mencari vaksin yang berkesan bagi kegunaan kita, manusia memperkasa bidang perubatan dan penyelidikannya. Walaupun sukar, negara-negara yang terlibat seperti Jerman, Amerika Syarikat, China dan Rusia, telah memaparkan semangat mereka untuk bekerjasama dan menghasilkan vaksin yang akan membawa manfaat kepada semua orang. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih - begitulah semangat yang dipaparkan segolongan pakar yang berkorban masa dan tenaga untuk berusaha sedaya upaya sehinggakan dapat menampilkan kemajuan dan hasil yang patut dibanggakan.
Beralih kepada bentuk kekangan yang berlainan pula, cabaran persekitaran yang menimpa dunia pada hari ini telah melahirkan kekuatan dalam
140 MAKALAH • TMJC




























































































   140   141   142   143   144