Page 140 - SP2021
P. 140

 Persaingan Mengakibatkan
Tekanan, Namun Kolaborasi
Menjanjikan Kejayaan
Iman Nur Dini
Dalam era globalisasi ini, konsep kolaborasi semakin diraikan dalam pelbagai aspek termasuk sekolah, tempat kerja dan sebagainya. Memang benar, kolaborasi itu dapat memanfaatkan seseorang individu mahupun sekumpulan orang yang terlibat. Namun, kolaborasi tidak semestinya menjanjikan kejayaan dan persaingan juga, tidak semestinya mengakibatkan tekanan sekiranya dapat dikawal dengan baik. Keseimbangan antara dua faktor ini merupakan kunci kejayaan setiap masyarakat.
Persaingan boleh mengakibatkan tekanan terutama sekali dalam kalangan pelajar. Budaya persaingan yang tidak sihat akan mendatangkan impak yang kuat kepada pembangunan mental serta moral para penuntut di sekolah. Terutama sekali di negara Asia, budaya masyarakatnya biasanya amat memberatkan kejayaan seseorang dari aspek akademik. Malah, kebahagiaan itu biasanya diukur mengikut kadar kemampuan seseorang, terutama sekali dalam aspek pemilikan harta benda serta pencapaian yang tinggi dalam bidang akademik. Contohnya, di negara China dan Korea Selatan, budaya persekolahannya terkenal kerana menyebabkan tekanan yang tinggi kepada para pelajar. Para pelajar biasanya pergi ke sekolah pada jam lapan pagi hingga lewat enam petang. Ramai dalam kalangan mereka pula perlu menghadiri kelas-kelas pengayaan ataupun kelas tambahan sehingga lewat jam 12 malam. Persaingan yang begitu sengit menjadi punca utama yang mendorong pengamalan budaya tersebut. Malah, segelintir sahaja yang berjaya mendapatkan tempat di universiti-universiti tempatan, berdasarkan keputusan peperiksaan nasional yang mereka duduki. Terdapat banyak juga dokumentari yang merakamkan tekanan yang dihadapi oleh warga Korea yang berpusu- pusu ingin berjaya dalam bidang K-Pop. Mereka sanggup berlapar serta mengorbankan masa rehat masing-masing untuk memastikan bahawa
mereka dapat berlatih dengan kerapnya sebelum sesi pemilihan calon K-pop dibuat. Sayangnya, kadangkala, budaya yang mengkhuatirkan ini menjejaskan kesihatan jasmani serta mental mereka. Jumlah rakyat Korea Selatan yang membunuh diri meningkat secara konsisten setiap tahun. Ternyata, persaingan yang diamalkan jauh sekali daripada gambaran ideal tentang budaya Korea yang biasanya diraikan oleh masyarakat global.
Namun pun begitu, firma-firma memerlukan tahap persaingan yang sengit untuk menggalakkan para pemilik firma untuk sentiasa memikirkan cara dan kaedah yang efektif untuk mempertingkatkan prestasi syarikat masing-masing. Contohnya, firma-firma membeli belah secara atas talian seperti Shopee, Lazada dan Qoo10 bersaing antara satu sama lain untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk para penggunanya. Keinginan untuk menjadi sebuah syarikat yang paling disukai ramai telah mendorong syarikat-syarikat ini untuk mengamalkan budaya kolaborasi dalam usaha untuk mempertingkatkan kedudukan masing- masing. Tamsilnya, baru-baru ini, firma Shopee telah bekerjasama dengan idola Stray Kids di Indonesia dan Jackie Chan. Lazada pula bekerjasama dengan pelakon drama Korea terkenal Lee Minho untuk menarik perhatian ramai. Kolaborasi dan persaingan
 138 MAKALAH • TMJC


























































































   138   139   140   141   142