Page 166 - SP2021
P. 166
TikTok:
Buang Masa
Saja?
Dalam era moden ini, TikTok popular kerana berlakunya trend seperti cabaran tarian untuk lagu atau video popular yang diselaraskan dengan fungsi mengedit. Ramai yang mengatakan bahawa wadah TikTok tidak mendatangkan apa-apa manfaat dan boleh membuat seseorang menjadi ketagih kepada wadah itu. Tetapi adakah TikTok sesuatu yang hanya mendatangkan kesan negatif kepada seseorang? Pada hemat saya, Tiktok boleh mendatangkan kesan positif dan boleh menjadi alat pembelajaran yang berkesan. Ramai pengguna TikTok telah memerhatikan ada item menu baru yang disebut ‘Pelajari’, dalam wadah TikTok. TikTok menerangkan menu baru ‘pelajari’ sebagai tempat di mana video maklumat yang disiarkan oleh pengguna membawa penonton melalui pembuatan makanan, menghasilkan seni, bagaimana proses saintifik berfungsi dan banyak lagi. Melalui menu baru itu, banyak yang dapat pelajari oleh pengguna TikTok. Tiktok sudah tentu akan membuang masa pengguna tetapi masa yang dibuang itu tidak akan sia-sia kerana mereka sebenarnya sedang mempelajari sesuatu. Ini menunjukkan bahawa wadah TikTok ini pada hakikatnya dapat dijadikan alat pembelajaran yang berkesan bagi pengguna.
Nur Fazira Elyanie Binte Muhammad Safar
Pengguna
Perlu Menilai
Kandungan
Saya bersetuju dengan kenyataan bahawa wadah TikTok boleh menjadi alat pembelajaran yang berkesan. Ini disebabkan kandungan TikTok amat rencam. Ramai pengguna TikTok berumur 10 hingga 29 tahun. Apabila sesebuah video dimuatnaikkan, ramai orang akan menonton video itu, sama ada video itu menggalakkan perbuatan yang buruk ataupun baik. Kandungannya ringkas tetapi meninggalkan kesan yang mendalam jika dilakukan secara profesional. Namun, pengguna mengambil kesempatan untuk memaparkan kandungan negatif.
Kita ambil contoh video yang dimuatnaikkan di TikTok pada tahun 2020 yang sekarang dipanggil ‘skullbreaker’. Ini dimulakan apabila dua orang remaja telah menipu kawan mereka yang berdiri di antara mereka untuk melompat bersama mereka, lalu mereka akan menendang kaki orang yang di tengah itu. Terdapat ramai remaja yang mengikuti video ini dan terdapat seorang remaja perempuan yang menjadi mangsa trend skullbreaker ini sehingga maut. Ini menunjukkan bahawa Tiktok boleh membawa kesan yang negatif kepada pengguna-pengguna aplikasi itu. Walau bagaimanapun, terdapat juga video- video motivasi yang menggalakkan remaja untuk meraih kejayaan. Ini menunjukkan bahawa Tiktok juga boleh membawa kesan yang positif kepada pengguna aplikasinya.
Zoha Binte Syed Mohsin Raza
164 FORUM • YIJC