Page 168 - SP2021
P. 168

 Kohort MLEP 2019-2020
JULIA AZURA
Nur Sakeenah Binte Mustaqim Rukhsana Bi d/o Abdul Wahid
Sejak di sekolah rendah lagi, Cik Julia berminat pada bahasa ibundanya. Dia telah memilih untuk mengambil Bahasa Melayu Lanjutan semasa berada di Sekolah Rendah Bukit Panjang. Perjalanan akademiknya diteruskan di Sekolah Menengah Swiss Cottage. Pada ketika itu, dia menyedari bahawa dia cenderung dan mempunyai kekuatan dalam subjek Geografi dan Bahasa Melayu. Dengan itu, tidak hairanlah apabila dia mengambil keputusan untuk menyertai Program Elektif Bahasa Melayu (MLEP) dan memilih Maktab Rendah Jurong Pioneer.
Menurut Cik Julia, dia telah memilih untuk menyertai program MLEP kerana dia ingin mendalami budaya dan bahasa Melayu. Semasa di sekolah menengah, dia berkesempatan untuk menonton persembahan Wisuda PJC pada tahun 2017. Dia begitu kagum dengan kebolehan dan semangat para pelakon persembahan itu. Mereka bukan sahaja fasih dalam pertuturan, malah berkeyakinan untuk membuat persembahan di depan khalayak. Persembahan Wisuda itu begitu meninggalkan kesan mendalam sehingga dia menjadi sangat teringin untuk menyertai
program MLEP. Menurut Julia, persembahan Wisuda merupakan satu wadah yang kreatif untuk melestarikan bahasa dan seni budaya Melayu.
Kami sempat mewawancara Cik Julia untuk berkongsi tentang pengalamannya di JPJC sebagai seorang pelajar MLEP.
Bolehkah anda ceritakan cabaran anda ketika mula-mula menuntut di maktab rendah?
Pada mulanya, saya agak tertekan kerana saya belum menyesuaikan diri dengan kehidupan di maktab rendah. Suasana di sini memang sangat berbeza berbanding dengan di sekolah menengah. khususnya dari aspek persediaan mental, pengurusan masa dan jangkaan akademik. Oleh itu, saya memerlukan masa untuk mempelajari cara yang paling sesuai dalam menguruskan masa dengan bijak. Dalam beberapa bulan, saya dapat menyusun masa mengikut keperluan dan ini membantu untuk mengatur kehidupan saya. Saya dapat membahagikan masa yang cukup untuk mengulang kaji pelajaran, untuk aktiviti-aktiviti MLEP, aktiviti kokurikulum dan juga masa untuk berehat. Yang penting, kita mesti bersikap terbuka menerima teguran, bijak menguruskan masa dan jangan malu untuk bertanya apabila tidak faham.
Bolehkah anda ceritakan pengalaman anda dalam MLEP di JPJC?
Secara ringkas, program-program yang dianjurkan oleh maktab dan pihak MOE pelbagai dan tidak dihadkan kepada hanya aktiviti-aktiviti berasaskan bahasa, budaya dan sastera Melayu. Ada juga program yang menjurus kepada aspek-aspek kemahiran hidup dan keusahawanan. Sebagai contoh ialah program WOW oleh AMP. Melalui bengkel-bengkel yang dijalankan, saya belajar
 166 ALUMNI BERJAYA























































































   166   167   168   169   170