Page 169 - SP2021
P. 169

 tentang kemahiran menulis resume dan persediaan temu duga. Saya juga berpeluang untuk menyertai program Work-Shadowing. Saya telah dipadankan dengan usahawan tempatan Linda Orked dan belajar tentang selok-belok bidang perniagaan. Saya menjadi jurujual, sesuatu yang baharu bagi saya. Tugas saya memerlukan saya berinteraksi langsung dengan pelanggan dan pendedahan ini betul-betul mencabar diri saya kerana saya perlu ketepikan sikap pemalu saya.
Selain itu, saya juga diberikan peluang untuk mempertingkatkan kebolehan saya sebagai pemimpin apabila saya dilantik menjadi Naib Presiden MLEP. Peluang ini telah mendorong saya untuk menjadi lebih berdisiplin kerana saya perlu bertanggungjawab ke atas setiap tugasan atau projek yang diberikan. Apa yang saya pelajari adalah; seorang pemimpin yang berkesan ialah seorang pemimpin yang mampu menggembleng tenaga dan kepakaran setiap ahlinya. Dengan adanya kerjasama dan perbincangan dengan ahli jawatankuasa, setiap tugasan yang diberikan dapat disempurnakan.
Apakah pengalaman yang meninggalkan kesan semasa mengikuti program MLEP?
Pengalaman saya dalam program MLEP merupakan kenangan yang indah. Saya percaya program ini telah memainkan peranan yang penting dalam proses perkembangan perwatakan dan pemikiran saya.
Pengalaman yang telah meninggalkan kesan mendalam dalam diri saya merupakan lawatan ke rumah anak yatim di Malaysia semasa program penyerapan MLEP pada akhir tahun 2019. Setelah bermain dan meluangkan masa dengan kanak- kanak di sana, saya berasa sebak melihat keadaan mereka. Saya difahamkan bahawa kanak-kanak di situ ada yang anak yatim dan anak yatim piatu. Lawatan ini sangat bermakna kerana menimbulkan rasa kesedaran dalam diri saya. Bukan lawatan sahaja membuat saya ingat kembali pada nilai bersyukur, bahkan dalam diam saya bertekad untuk menolong mereka yang memerlukan. Pengalaman singkat itu mengukuhkan lagi kecenderungan saya
untuk menyumbang balik kepada masyarakat dan ini mempengaruhi pilihan kursus saya di universiti.
Apakah nilai atau kemahiran yang anda raih daripada MLEP yang telah menyumbang kepada kecenderungan anda?
Berani mencuba dan bersikap positif. Pengalaman di MLEP telah menguatkan keyakinan diri saya untuk berani mengambil peluang dengan tangan terbuka. Saya tidak lagi teragak-agak lagi untuk keluar dari zon keselesaan demi meraih pengalaman baru. Ini kerana dalam program MLEP, saya didedahkan kepada pelbagai aktiviti yang baharu. Contohnya, saya tidak pernah menyertai persembahan drama dan saya agak segan untuk berlakon di depan khalayak ramai. Namun, pada tahun 2019, saya telah menjadi pelakon tambahan dalam persembahan Wisuda para pelajar Tahun Dua. Dengan sikap terbuka dan berani mencuba, saya dapat meningkatkan keyakinan diri! saya sendiri bangga dengan perubahan diri saya.
Selain itu, pelajar-pelajar MLEP di JPJC berpeluang menjadi pembantu fasilitator dalam projek Perkasa Warisan anjuran guru-guru AGAB. Program ini mendedahkan para pelajar sekolah rendah dan madrasah tentang gastronomi Melayu. Pengalaman itu bukan sahaja mengasah kemahiran berkomunikasi dan penyampaian, malah saya sendiri dapat menimba pengetahuan tentang herba, rempah-ratus dan kulinari warisan Melayu!
Bagaimanakah pengalaman MLEP mempengaruhi pilihan jurusan di universiti?
Seperti yang dijelaskan, pengalaman di rumah anak yatim telah memberikan kesan yang mendalam kepada saya. Selain itu, pendedahan kepada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang lain menguatkan tekad saya untuk menceburkan diri dalam kerja-kerja sosial. Pelibatan saya dalam aktiviti-aktiviti MLEP membuat saya sedar bahawa saya gemar berinteraksi dan bekerja dengan orang lain dalam masyarakat dan saya ingin terus membantu golongan yang memerlukan. Maka itu, saya memilih untuk mengambil jurusan kerja sosial di universiti.
SAUJANA PUJANGGA 2021 167























































































   167   168   169   170   171