Page 171 - SP2021
P. 171

 Kohort MLEP 2005-2006
SITI HAZIRAH BINTE MOHAMAD
Nurin Izza Bte Ahmad Nizam
Siti Hazirah Binte Mohamad merupakan mantan pelajar Program Elektif Bahasa Melayu (MLEP) dari Maktab Rendah Tampines (TPJC) kohort 2005- 2006. Selepas tamat pengajian di maktab rendah, dia telah meneruskan pengajiannya di Universiti Nasional Singapura dan memperoleh ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dari jurusan Pengajian Melayu. Dalam tesis sarjananya, dia banyak membincangkan isu-isu mengenai perbezaan akses terhadap keadilan. Siti Hazirah percaya bahawa pembinaan wacana kritis amat penting bagi membina masyarakat Melayu yang berdaya fikir ke arah kemajuan dan menitikberatkan keadilan sosial.
Kini, dia bertugas sebagai Penyelidik Bersekutu di sebuah pusat kajian penjagaan paliatif di Singapura. Dia mempunyai minat yang mendalam terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan penjagaan akhir hayat dan juga pemergian yang bermakna. Dia menyelami industri penjagaan kesihatan termasuk perkara-perkara yang diperlukan oleh pesakit dan penjaga mereka. Mari kita ikuti temu ramah kami bersama Siti Hazirah
.
Apakah yang mendorong anda untuk membuat kajian tentang isu-isu ini?
Perkara yang mendorong saya ialah pengalaman saya semasa menjaga arwah nenek saya yang menerima penjagaan paliatif pada akhir hayatnya, dan juga sebagai seorang penjaga kepada ayah saya yang jatuh sakit lebih dari 10 tahun yang lalu. Saya mula menyedari tentang kepentingan sistem kesihatan yang bukan sahaja dapat menyokong keperluan masyarakat tetapi menghormati dan juga memberikan penjagaan yang terbaik kepada seseorang apabila mereka semakin tua dan juga semasa akhir hayat mereka. Oleh itu, kajian yang dapat memahami perkara-perkara yang diperlukan oleh pesakit dan penjaga mereka sangat penting kerana data sebegini dapat membantu proses pemulihan dan juga berupaya meningkatkan tahap kehidupan mereka yang sedang sakit dan melalui sistem kesihatan di Singapura.
Apakah cabaran yang dihadapi sebagai seorang penyelidik?
Cabaran utama ialah proses kajian lapangan yang harus dilakukan, terutama sekali proses mencari dan menemu ramah para peserta kajian kami. Walaupun hal ini merupakan perkara yang paling rumit bagi seorang penyelidik, namun proses yang dilalui paling memuaskan kerana kami dapat menyelami dan memahami kesusahan yang dihadapi pelbagai lapisan masyarakat, termasuk warga emas, golongan penjaga dan juga anggota masyarakat yang mungkin terpinggir atau tidak diberikan perhatian yang sepenuhnya. Menghabiskan masa bersama mereka dan mendengar serta merakamkan keluhan hati mereka merupakan sesuatu yang amat memuaskan bagi saya kerana saya dapat memahami keperluan masyarakat dan juga pengalaman golongan yang berbeza-beza dengan lebih mendalam.
 SAUJANA PUJANGGA 2021 169
























































































   169   170   171   172   173