Page 164 - SP2021
P. 164

   Khansa Zilfa Shofia Ghazali
Kandungan Boleh Ditentukan oleh Pengguna
 Wadah TikTok , seperti media sosial lainnya, membenarkan penggunanya saling berkongsi tentang apa sahaja kandungan antara satu sama lain. TikTok membolehkan pengguna untuk memuat naik video dengan pelbagai fungsi mengedit yang ada. Dengan pelbagai fungsi pengedit ini, pengguna boleh mengedit video mereka sesuai dengan apa yang diinginkan oleh mereka. Proses ini boleh meningkatkan kreativiti mereka dan boleh menghasilkan video yang memiliki kandungan yang menghiburkan, kreatif serta berguna. TikTok juga meningkatkan tahap keyakinan diri kerana hampir ramai pengguna yang menghasilkan video di wadah tersebut melakukannya sendiri. Tidak dapat dinafikan bahawa wadah TikTok boleh menjadi alat pembelajaran yang berkesan kerana mampu meningkatkan keyakinan diri mahupun kreativiti dalam diri pengguna. Selaras dengan itu, wadah TikTok juga memiliki pengguna daripada pelbagai benua. Tidak kurang daripada mereka yang berkongsi tentang kehidupan mereka di lokasi mereka atau pelbagai petua tentang apa sahaja, daripada yang praktikal mahupun yang tidak. Namun, bak pepatah membujur lalu melintang patah, keberkesanan TikTok terletak pada penggunanya.
  Belum Sesuai
Sebagai Wadah
Pembelajaran
Baru-baru ini, TikTok sudah menyusup masuk ke arena media sosial dengan begitu pantas. Jumlah muat turun sudah melangkaui dua bilion pada tahun 2020 sejak TikTok memasuki pasaran dua tahun sebelumnya. Dapat dikatakan popularitinya setanding dengan wadah-wadah media sosial yang lain seperti Instagram dan Twitter dalam jangka masa yang begitu singkat. TikTok ialah aplikasi bagi memuat naik video-video tarian pendek, sketsa dan baru-baru ini, semakin rancak perbincangan di alam maya mengenai potensi TikTok untuk menjadi alat pembelajaran yang berkesan. Demikian adalah kerana guru-guru boleh memanfaatkan rangkaian ini untuk menghasilkan video-video ringkas yang mengandungi inti pati yang ingin diajarkan. Jelaslah bahawa ia adalah pendekatan inovatif dalam bidang pendidikan.
Namun, pelbagai ciri aplikasi TikTok perlu diubah suai sebelum dijadikan alat pembelajaran pada skala besar. Maklumat perlu ditapis agar para pelajar tidak terdedah kepada kandungan yang kurang sihat yang boleh merosakkan akhlak serta minda. Perlu juga dipastikan kemampuan TikTok untuk mengekalkan tumpuan pelajar semasa kelas berlangsung. Dengan perubahan-perubahan sebegini, TikTok sedikit sebanyak dapat menjadi alat pembelajaran yang berkesan. Namun, proses pembelajaran sedia kala iaitu di sekolah masih patut dikekalkan kerana ia melahirkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan membolehkan interaksi bersemuka antara pelajar dan para pendidik yang arif. Selagi imej TikTok tidak diubah dan penapisan maklumat tidak dapat dijamin, TikTok semestinya masih belum sesuai bagi tujuan pembelajaran buat masa ini.
Luqmanul Hakim Bin Abdul Basit
 162 FORUM • YIJC

























































































   162   163   164   165   166