Page 163 - SP2021
P. 163

 Wadah TikTok boleh Menjadi Alat
Pembelajaran yang Berkesan
Dengan lebih satu bilion pengguna aktif, wadah TikTok dijangka berpotensi menjadi wadah media sosial paling popular di seluruh dunia. Ada yang berpendapat, antara sebab utama populariti TikTok ialah penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin untuk menyampaikan kandungan yang sesuai dengan minat setiap individu. TikTok dipercayai telah mengubah hiburan secara radikal dan menyediakan wadah untuk pencipta kandungan meraih pendapatan. Tidak hairanlah TikTok dikatakan menggalakkan kreativiti dan berupaya mengurangkan tekanan dan rasa bosan. Malah, TikTok kian popular sebagai portal pendidikan bagi mereka yang ingin belajar kemahiran berguna seperti membuat kek, memasak dan membina rumah secara DIY serta belajar bahasa baharu. Mungkinkah TikTok bakal menjadi alat pembelajaran yang berkesan? Berikan komen kamu.
  Elie Salsabilah Binte Ali
TikTok Perlu ‘Upgrade’
 Sejak akhir-akhir ini, penggunaan wadah media sosial seperti TikTok meningkat kerana mudah digunakan. Kebanyakan pengguna Tik Tok merupakan golongan remaja dan TikTok digunakan sebagai hiburan. Pengguna dapat memuatnaikkan tarian yang sohor kini bersama rakan-rakan dan ada juga yang memuatnaikkan video tentang hidangan masakan mereka dan ada juga yang memberikan tip-tip untuk pelajar. Walaupun TikTok boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat, tidak kira yang muda atau tua, bolehkah TikTok menjadi wadah untuk kita menimba ilmu?
Tidak dapat dinafikan bahawa ada pengguna yang ingin mengongsi tip ataupun pengetahuan mereka tentang sesuatu subjek seperti Sains tetapi disebabkan wadah TikTok tidak mempunyai penapis, agak susah bagi pengguna yang lain untuk menapis kandungan isi video yang benar atau tidak dan menentukan kredibiliti maklumat. Bukan itu sahaja, disebabkan skop pengguna yang luas, ada kandungan isi yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak seperti video yang mengandungi perbuatan yang ganas atau lucah. Wadah TikTok boleh menjadi alat pembelajaran jika pengguna itu berhemah kerana wadah ini menggalakkan seseorang untuk menjadi kreatif. Tetapi, pada masa ini, wadah TikTok masih belum sesuai untuk dijadikan alat pembelajaran yang berkesan disebabkan ketiadaan fungsi penapis yang berkesan.
YIJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 161



























































































   161   162   163   164   165