Page 50 - SP2021
P. 50
Sesi Dialog Bersama Pemimpin
Sesi Dialog Bersama Pemimpin diadakan dengan tujuan untuk mendedahkan para pelajar Institusi Raffles kepada pelbagai bidang kerjaya menerusi dialog bersama golongan profesional yang berjaya dalam bidang masing-masing. Sesi ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk bertukar-tukar pendapat dan berbincang tentang hal kerjaya, masa depan dan isu-isu semasa yang membelenggu masyarakat.
Ikuti pengalaman 3 orang pelajar semasa mengikuti 3 sesi dialog yang telah dianjurkan.
Peluang terbuka di Asia Tenggara Muhammad Nabil Naqiuddin
Sesi Dialog Bersama Pemimpin yang dijalankan bersama Encik Syakir Hashim pada 28 Mei 2021 amat bermanfaat sekali. Encik Syakir Hashim merupakan Naib Presiden Kanan (SVP), Operasi Perniagaan Kumpulan, Wahed Inc, yang merupakan syarikat pertama yang menawarkan khidmat yang
Islamik di bursa saham NASDAQ dan bernilai sekitar 150 juta USD. Selain itu, beliau juga pernah menjadi ahli Lembaga Pengelola Politeknik Nanyang dan telah melibatkan diri dalam kerja-kerja kemasyarakatan sejak di
bangku sekolah lagi.
Banyak pengajaran yang dikongsi oleh Encik Syakir sepanjang sesi tersebut yang dijalankan menerusi Zoom. Selain mengongsi latar belakangnya, Encik Syakir telah menjawab soalan- soalan pelajar dengan tenang, jelas dan bersopan. Beliau juga telah memberikan beberapa nasihat seperti kepentingan menjadi seorang mentor dan sifat pemurah hati, lebih-lebih lagi terhadap ibu bapa sendiri. Ternyata, Encik Syakir seorang yang bersahsiah tinggi dan berpegang teguh pada nilai-
nilai murni.
Encik Syakir telah memberikan sudut pandangannya tentang kerelevanan MLEP dan bahasa Melayu. Menurut beliau, Asia Tenggara terdiri daripada negara-negara membangun dan bilangan penduduknya ramai. Ramai dalam
48 DIARI • RI