Page 52 - SP2021
P. 52

 Sastera Memanusiakan, Seni Pemangkin Pemikiran Md Zunnur Iman Bin Md Aidil
Pada 9 Julai 2021, para pelajar MLEP Institusi Raffles telah menghadiri satu sesi dialog bersama Encik Noor Iskandar, seorang pensyarah dari Akademi Seni Halus Nanyang (NAFA). Beliau merupakan seorang mantan pelajar MLEP dari Maktab Rendah Tampines yang amat cenderung pada bahasa indah dan kata-kata puitis. Minat Encik Iskandar dalam kesusasteraan telah mendorong beliau untuk merantau ke seluruh dunia sebelum kembali ke Singapura untuk meraih ijazah Sarjananya dalam bidang penyelidikan seni. Pengalaman Encik Iskandar melalui program MLEP telah mendedahkan beliau kepada keindahan bahasa, kehidupan dan budaya Melayu. Pada pendapat beliau, kerohanian merupakan satu aspek yang amat mustahak untuk menghayati sesebuah karya sastera. Tambahan lagi, sentimen kehilangan dalam diri pembaca mampu menimbulkan perasaan yang lebih mendalam.
Dalam sesi ini, kami berpeluang mengajukan soalan. Saudara Naufal telah menanyakan pendapat Encik Iskandar mengenai kepentingan modul kesusasteraan bagi pelajar-pelajar universiti. Encik Iskandar berpendapat bahawa sastera memang sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada seseorang kerana sastera mempunyai pengaruh yang amat besar dalam kehidupan seharian kita. Sastera merupakan suatu wadah untuk menghidupkan dan mendengar suara-suara orang lain. Sebagai contoh, suara mereka yang telah dilenyapkan atau ditelan masa tetap dapat didengar dan dibincangkan. Oleh sebab itu, sastera mampu mendedahkan seseorang individu kepada sebarang isu sosial dan mengajaknya merungkai isu-isu itu. Hal ini mendatangkan kesedaran kepada diri untuk sentiasa mempertingkatkan cara kita berfikir dan melihat situasi dengan lebih teliti dari pelbagai perspektif. Keinginan untuk sentiasa
  50 DIARI • RI































































































   50   51   52   53   54