Page 54 - SP2021
P. 54

 Sastera, Sejarah dan Sosiologi Saling Berkaitan
Ariya Menon
Sesi Dialog Bersama Pemimpin pada 16 Julai 2021 telah menemukan kami dengan Encik Zinnurain Nasir, seorang Penolong Kurator di Taman Warisan Melayu. Sesi ini diadakan dengan tujuan untuk memberikan peluang kepada para pelajar berinteraksi dan berbincang dengan seorang pemimpin yang amat berpengalaman serta didedahkan kepada dunia kepimpinan dan juga untuk bertukar-tukar pendapat. Walaupun sesi dialog ini dijalankan secara maya melalui wadah Zoom, sesi ini agak menarik dan berkesan. Terdapat banyak perkara baharu yang saya pelajari melalui sesi dialog tersebut.
Encik Zinnurain telah berkongsi tentang kursus- kursus yang telah disertainya mendorongnya untuk mendalami sejarah dan budaya Melayu. Ini juga telah mempengaruhi pilihan kerjayanya. Salah satu perkara yang menarik perhatian saya ialah dia melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan memperoleh Sarjana
Muda dalam bidang sejarah. Encik Zinnurain juga melanjutkan pengajiannya ke peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam Pengajian Asia Tenggara dan merupakan tenaga pengajar modul SE1101 Pengenalan kepada Asia Tenggara. Saya sangat mengagumi minatnya terhadap sejarah Singapura, sejarah tentang masyarakat bandar dan politik identiti, terutamanya dalam masyarakat Melayu. Saya berpendapat bahawa pada hari ini, tidak ramai orang yang ingin mendalami sejarah Singapura dan kehadiran orang seperti Encik Zinnurain yang menceburi dan menimba ilmu pengetahuan dalam bidang sejarah dan kesusasteraan amat mengagumkan. Kami memberikan sepenuh perhatian apabila dia berkongsi program yang dijalankan oleh Taman Warisan Melayu kerana ada beberapa orang pelajar yang mahu melibatkan diri dalam program-program tersebut dan juga yang ingin menceburi bidang sejarah dan sastera.
 52 DIARI
• RI




























































































   52   53   54   55   56