Page 53 - SP2021
P. 53
bahasa. kembara. suara
• bersikap terbuka
• menyokong usaha melestarikan bahasa
• menyemarakkan penggunaan bahasa Ibunda
memperbaik dan memanusiakan diri mampu membentuk
kerohanian dan moral.
Saudara Wisnu juga telah menanyakan Encik Iskandar pendapatnya mengenai
golongan masyarakat yang menganggap seni tidak lagi relevan dalam dunia hari ini. Walaupun Encik Iskandar menafikan pandangan golongan ini, beliau berpendapat bahawa hal sedemikian berlaku akibat penapisan sendiri. Terdapat banyak isu yang tidak dapat diluahkan secara mendalam melalui seni kerana kebanyakan isu yang diutarakan dianggap sebagai kontroversi dan membahayakan kepada fabrik sosial masyarakat. Setiap seniman
mempunyai tanggungjawab sosial kerana seni merupakan sesuatu yang peribadi dan mendatangkan kesan, baik ataupun buruk, kepada masyarakat. Keengganan para seniman untuk mengutarakan isu yang dianggap tabu akibat penapisan diri telah mengakibatkan ramai untuk menganggap seni sebagai sesuatu yang kurang nilainya dalam kehidupan seseorang berbanding dengan bidang Sains yang lebih praktikal. Walau apa isu yang diutarakan, tetap akan ada golongan yang tidak kuat menerima pandangan majoriti. Oleh itu, seniman sebenarnya memainkan peranan sebagai pemangkin perbincangan untuk mencari kebenaran yang tulen. Pandangan dan perspektif yang pelbagai membolehkan seseorang untuk menghayati sesebuah seni dan menimbulkan pemikiran yang kritikal terhadap keluputan serta isu-isu masyarakat.
Secara amnya, sesi dialog ini merupakan satu sesi yang amat membukakan mata hati. Secara peribadi, saya memang kagum akan pandangan Encik Iskandar mengenai peranan sastera dan kerelevanannya dalam kehidupan seharian kita. Saya bersetuju bahawa sastera merupakan sebahagian diri kita yang tidak dapat dipisahkan kerana ia memanusiakan diri dan menyembuh nilai-nilai peribadi yang terhakis. Tanpa sastera, hilanglah nilai-nilai kemanusiaan.
RI • SAUJANA PUJANGGA 2021 51