Page 51 - SP2021
P. 51
kalangan mereka lebih selesa bertutur dalam bahasa Melayu. Oleh yang demikian, syarikat- syarikat besar antarabangsa yang mahu memasuki pasaran serantau sentiasa mencari karyawan yang fasih berbahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Tambahan pula, beliau mengatakan bahawa sistem pendidikan Singapura telah mengajarnya untuk menjadi seorang individu yang berdisiplin dan berfikiran sejagat. Meskipun beliau bukan berasal daripada sebuah keluarga yang berada, beliau tetap diberikan peluang untuk mendapat pendidikan yang menyeluruh dan berpeluang mengikuti acara lawatan ke luar negara. Ini membenarkannya untuk melihat dunia dari sudut pandangan yang lebih luas, sekali gus membuka matanya kepada isu-isu yang jarang berlaku di tanah airnya.
Bertitik tolak daripada itu, beliau juga menyentuh mengenai keusahawanan sosial dan keusahawanan secara am. Keusahawanan sosial menggunakan keuntungan perniagaan untuk melakukan perubahan dalam masyarakat, lebih-lebih lagi dalam kalangan mereka yang status sosioekonominya rendah. Pada pendapat
beliau, pihak pengurusan syarikat seharusnya mempunyai wawasan yang tertumpu iaitu mengembangkan perniagaan dan meningkatkan keuntungan. Namun begitu, syarikat-syarikat haruslah mengamalkan perniagaan yang beretika. Dalam urusan perniagaan, syarikat-syarikat perlu menerapkan nilai-nilai yang boleh diukur seperti jumlah orang dan pertubuhan yang mereka ingin bantu. Dampak sosial harus dijadikan sebahagian DNA syarikat dan bukan tumpuannya. Dengan itu, dampak kepada masyarakat dapat berkembang.
Secara keseluruhan, sesi yang dijalankan amat bermanfaat bagi semua dan saya bersyukur dengan peluang yang diberikan kepada kami untuk mengikuti sesi ini. Saya berasa amat bangga dapat bertemu seorang alumni MLEP yang telah berjaya dalam pelbagai bidang yang diceburinya. Perkongsiannya memberikan semangat kepada saya untuk bekerja keras supaya saya dapat menjadi seorang yang berjaya pada satu hari kelak. Saya mengalu-alukan program bersama pakar- pakar dalam pelbagai bidang seperti ini kerana dapat meluaskan pandangan kami mengenai isu- isu tempatan dan global.
RI • SAUJANA PUJANGGA 2021 49