Page 55 - SP2021
P. 55
Selepas Encik Zinnurain berkongsi sedikit tentang diri dia, beberapa orang pelajar telah mengemukakan soalan untuk Encik Zinnurain. Antara soalan yang diajukan oleh para pelajar ialah tentang keputusannya untuk menceburi bidang sejarah. Encik Zinnurain menerangkan bahawa dia ingin menimba ilmu pengetahuan dalam aspek- aspek lain selain sejarah seperti budaya Melayu dan kehidupan orang Melayu. Oleh sebab itu, apabila Encik Zinnurain masuk ke peringkat Sarjana, dia tahu bahawa beliau perlu memasuki satu fakulti yang memberikannya peluang untuk menceburi wacana yang lebih daripada sejarah. Dengan menukar bidang pengajiannya, dia boleh menyelitkan aspek-aspek sosiologi dan sastera
dalam kertas kerjanya dan Encik Zinnurain lebih berminat dengan pengajian tersebut. Saya berpendapat bahawa pilihan Encik Zinnurain untuk menukar pengajiannya merupakan satu pilihan yang bijak kerana kita perlu berminat dengan bidang yang diceburi supaya tidak mudah putus asa dan juga pada masa yang sama, Encik Zinnurain dapat menimba ilmu bukan dalam satu bidang sahaja tetapi dalam beberapa bidang. Ini menjadikan dia lebih berpengetahuan dan dapat berkongsi pengetahuan ini dengan orang lain supaya pengetahuan tersebut dapat
kekal sepanjang masa.
Pada pendapat saya, sesi dialog ini amat bermanfaat kerana saya dapat mempelajari banyak tentang kepimpinan dan bidang sejarah dan kesusasteraan melalui sesi ini. Saya yakin bahawa perkara-perkara baharu yang dipelajari daripada sesi ini boleh diaplikasikan dalam kehidupan saya, terutamanya apabila saya memilih jurusan yang ingin saya ceburi di universiti
pada tahun hadapan.
RI • SAUJANA PUJANGGA 2021 53