Page 58 - SP2021
P. 58
Bengkel Tulisan Khat
Nur Nasuha Binte Zulkepli
Pada 16 dan 23 April 2021, para pelajar MLEP di Maktab Rendah Tampines Meridian berpeluang menyertai bengkel tulisan khat yang dikendalikan pihak Wira Budaya. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memperkenalkan seni tulisan khat kepada pelajar MLEP agar mereka lebih menghayati asal usul tulisan khat, kesenian yang wujud dalam penghasilan tulisan khat dan juga bagaimana tulisan khat digunakan dalam pelbagai budaya. Pelajar MLEP Tahun 1 dan Tahun 2 dapat berinteraksi dan belajar bersama tentang salah satu aspek bahasa Melayu, iaitu tulisan Jawi.
Bengkel ini diselenggarakan oleh Puan Yuhana, seorang pakar dalam penulisan khat. Dalam sesi pertama, Puan Yuhana telah menceritakan evolusi bentuk kesenian khat yang berasaskan tulisan Arab yang banyak digunakan dan disesuaikan oleh umat Islam dari pelbagai budaya. Bagi masyarakat Melayu pula, tulisan Arab telah diubah suai dan disebut sebagai tulisan Jawi.
Seni khat merupakan seni yang amat disanjungi kerana merupakan salah satu cara untuk mengekalkan keaslian kandungan ayat-ayat suci Al-Quran selain melalui hafalan surah. Pengharaman mengukir atau melukis rupa makhluk yang boleh membawa kepada penyembahan berhala telah mendorong perkembangan seni ini dan gambaran abstrak menjadi bentuk hiasan kesenian ini agar tidak bercanggah dengan aspek keagamaan. Perkembangan kesenian khat di rantau Nusantara seiring dengan perkembangan tulisan Jawi. Boleh dikatakan tulisan Jawi ini merupakan satu aspek bahasa Melayu yang mempunyai pengaruh daripada ketamadunan Islam.
Bengkel ini berjalan lancar kerana kebanyakan pelajar sudah biasa dengan bahasa Arab, mentelah mereka sudah mengenali huruf-huruf Hijaiyah dan tahu cara untuk menulisnya. Berbekalkan
56 DIARI • TMJC