Page 59 - SP2021
P. 59

   pengetahuan pelajar menulis abjad-abjad Hijaiyah, Puan Yuhana telah menolong mereka menyusun ungkapan-ungkapan tertentu seperti ucapan Selamat Hari Raya dalam bentuk yang menarik dan kreatif. Para pelajar juga telah menunjukkan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan tulisan khat mereka sendiri. Mereka boleh menggunakan pelbagai cara asalkan huruf-huruf yang ditulis boleh disambung menjadi sebuah ungkapan yang bermakna. Mereka telah diberikan pelbagai templat seperti bentuk bulatan, bentuk daun dan juga bentuk segi empat untuk tujuan tersebut.
Dalam sesi terakhir, Puan Yuhana memberikan peluang kepada para pelajar untuk melukis apa sahaja yang mereka inginkan atas sebuah kanvas yang disediakan. Pada sesi terakhir ini, para pelajar telah menunjukkan kemahiran serta kreativiti mereka dalam menghiaskan
hasil tulisan khat mereka.
Yang lebih menyeronokkan
lagi ialah mereka diberi
pelbagai warna cat dan pen
penanda untuk menghiaskan
karya mereka. Pelajar tahun
dua mempamerkan kreativiti
mereka dengan teknik mewarna yang unik sementara pelajar tahun satu pula menunjukkan kemahiran mereka dengan melukis ayat-ayat Quran dan menghiaskan hasil karya mereka dengan pelbagai corak geometri dan awan larat.
Secara keseluruhannya, bengkel ini telah membuka minda para pelajar tentang kesenian yang ada dalam penulisan khat. Suasana yang santai dan seronok membuat pelajar berasa selesa menimba ilmu tentang sejarah penulisan dalam kebudayaan Melayu serta menghayati keindahan seni tulisan khat yang sebenarnya bukanlah mudah untuk dihasilkan.
 TMJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 57























































































   57   58   59   60   61