Page 61 - SP2021
P. 61
Kesemua pelajar MLEP Tahun 1 dari Maktab Rendah Tampines Meridian telah menjadi pemudah cara bagi acara ini. Pelajar-pelajar telahpun dibahagikan kepada kumpulan masing- masing mengikut peringkat dan mereka dibimbing oleh dua atau tiga orang pelajar Maktab Rendah Tampines Meridian. Dengan menggunakan wadah Zoom, kami telah berpecah ke ruang bincang yang berasingan selama 30 minit untuk berbincang dan berlatih dalam kumpulan masing-masing. Hal ini dilakukan supaya para pelajar dan pemudah cara dapat bekerjasama secara efektif dan komunikasi antara kami menjadi lebih mesra. Pemudah cara bersungguh-sungguh mengajar para pelajar TMS cara mendeklamasikan sajak yang telah diberikan sebelum kami berkumpul di ruang utama dan mempersembahkan sajak kami kepada pelajar-pelajar yang lain. Sajak-sajak yang telah dipersembahkan ialah Pendakian, Selamat Tidur Pohon-Pohon Hijau, Diri, Betapapun Gerak Cepat Kehidupan Akan Kususuri Landasan Ini dan juga Janji. Persembahan-persembahan pada hari itu
sungguh menarik dan seronok! Pelajar-pelajar TMS telahpun menunjukkan bakat terpendam mereka dengan persembahan mereka yang cukup kreatif. Mereka bukan setakat menggabungkan elemen persembahan kreatif tetapi juga menggunakan ruang maya secara interaktif untuk menghasilkan persembahan yang unik.
Acara ini tentunya merupakan salah satu pengalaman yang tidak dapat kami lupakan. Hal ini kerana acara ini mengajar kami untuk sentiasa berfikiran positif walaupun dihambat dek pandemik yang kian menular. Kami juga belajar untuk menguasai penggunaan teknologi agar aktiviti-aktiviti yang dahulunya hanya dilakukan secara bersemuka dapat terus dilakukan secara maya. Tentu sekali hal itu memaksa kami keluar dari zon keselesaan kami. Namun, pengalaman ini ternyata membangkitkan keghairahan kami untuk terus melestarikan kesusasteraan Melayu dalam kalangan generasi muda.
Selamat malam pohon-pohon hijau selamat beradu dengan lena
biar sahaja keangkuhan mereka pada bulan biar saja kesombongan mereka pada alam tidak selamanya keindahan itu keindahan tidak segala-galanya menjadi damai hanya kerana memusuhimu
Selamat malam pohon-pohon hijau selimutilah malam-malam nanti dengan zikirmu moga-moga di bawah rimbunanmu
akan ada insan yang ikhlas
lalu mendoakan usiamu sebelum tua menghijau alam pada
TMJC •
SAUJANA PUJANGGA 2021 59