Page 63 - SP2021
P. 63

    Seterusnya, watak-watak dalam karya ‘Suatu Perjalanan Sebuah Peta Sebuku Roti’ dihidupkan melalui lakonan pelajar Tahun 2. Mengikut skrip yang ditulis Hidayah dari kelas 20A08, pelajar Tahun 2 melakonkan jalan cerita sehingga bahagian Alif yang harus membuat pilihan untuk terus ke masjid atau mengikut rakannya untuk minum-minum. Para pelajar Tahun 1 dikehendaki untuk melakonkan pilihan yang dibuat Alif mengikut tafsiran mereka tersendiri. Mengikut kumpulan masing-masing, pelakon yang terbaik akan diberikan hadiah pada akhir sesi orientasi. Cikgu Najmah dan Cikgu Tetty pula menjadi para pengadil untuk menentukan pemenang bagi pelakon terbaik iaitu Mustaffa yang hebat menunjukkan bakat lakonannya.
Sesi kami berakhir dengan sekelip mata. Pada petang itu mereka pulang bukan sahaja dengan ilmu, pengalaman dan kemahiran yang baharu, mereka juga pulang dengan perut yang diisi dengan hidangan yang begitu menyelerakan. Walaupun dalam masa pandemik yang tidak menentu ini, sebagai kumpulan Tahun 2, kami masih mencuba dengan sedaya upaya untuk memastikan pengalaman tersebut tidak dapat dilupakan oleh pelajar Tahun 1. Kami berharap agar sesi tersebut dapat meningkatkan semangat dan minat para pelajar Tahun 1 untuk meneruskan pembelajaran mereka dalam kesusasteraan serta turut menyumbang kepada aktiviti-aktiviti MLEP di YIJC pada masa hadapan.
  YIJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 61
































































































   61   62   63   64   65