Page 64 - SP2021
P. 64

 Bengkel Penulisan Sajak
Nur Fazira Elyanie Binte Muhammad Safar Mohamed Mustaffa Bin Abdullah
Pada 13 dan 27 April 2021, Encik Farihan Bahrom, seorang penerbit dan penulis buku, telah dijemput secara maya untuk mengajar kami, pelajar-pelajar MLEP Tahun 1, cara-cara untuk menulis sajak. Encik Farihan Bahrom merupakan seorang penulis tempatan yang sudahpun mencipta namanya di persada persuratan tanah air. Kami berasa amat bertuah dan bersyukur mendapat peluang untuk mempelajari lebih lanjut tentang sajak daripada dia. Kami diajar tentang pelbagai jenis puisi termasuk puisi tradisional yang tidak begitu kami kenali. Tidak ramai yang tahu, selain daripada pantun dan syair, ada juga gurindam, mantera, talibun dan lain-lain lagi. Ini sangat menakjubkan kerana kami hanya kenal pada pantun dan syair sahaja dalam puisi tradisional.
Memandangkan ini bengkel sajak, kami mempelajari dengan lebih mendalam tentang ciri- ciri sajak seperti tema, simbol atau lambang, citra atau imej yang sepadu, rima atau ritma, mesej atau amanat. Pelbagai tafsiran, gaya bahasa, penyimpangan dan akhir sekali diksi. Pertama kali
PANGERAN BERKUDA DARI NEGERI MALAM
Oleh: Ayub Kumalla
kami mendengar perkataan ritma dan rima kami menganggap kedua-duanya perkara yang sama kerana sebutannya juga hampir sama tetapi kami salah. Kami diberitahu bahawa rima sebenarnya dibentuk melalui cara perkataan itu diujarkan, iaitu secara bunyian, bukan secara tulisan seperti perkataan ‘itik’ dan ‘golek’. Sebaliknya, ritma dibentuk melalui penyusunan kata, baris dan rangkap. Selain itu, kami juga mempelajari proses untuk menulis sajak yang baik iaitu untuk cara mencetuskan ilham, mengumpulkan bahan seperti simbol, citra, kosa kata, data, fakta, pandangan, memastikan mesej yang sesuai, menyusun isi, sudah tentu menulis dan juga untuk menyunting. Banyak contoh sajak menarik yang dikongsi oleh Encik Farihan dan ada juga tugasan interaktif sewaktu bengkel dijalankan. Contohnya, kami ditugaskan menggunakan simile dan juga metafora untuk melahirkan perasaaan kami. Pada akhir bengkel, kami semua ditugaskan untuk menyiapkan sekuntum sajak dan itulah saat yang sungguh menarik kerana kami dapat menghasilkan sajak sendiri dengan tema pilihan kami. Pengalaman kami menyertai bengkel sajak ini amat bermakna dan menyeronokkan.
62 DIARI • YIJC



























































































   62   63   64   65   66