Page 66 - SP2021
P. 66

 MLEP Alive! Jom, Iftar Bersama Pelajar YIJC!
Qistina Binte Muhamad Ja’afar Ummi Umairah Binte Rosdin
‘MLEP ALIVE! Jom, Iftar! merupakan acara yang telah dijalankan sempena bulan puasa pada 5 Mei 2021. Acara ini bukan sahaja disertai oleh para pelajar Melayu, malah para pelajar MLEP turut mengalu-alukan penyertaan pelajar-pelajar berlainan bangsa. Oleh disebabkan adanya pelbagai langkah jarak selamat yang ketat, kami terpaksa mengehadkan jumlah peserta dan sekaligus membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan. Objektif acara ini bukan sahaja untuk memperkenalkan budaya Melayu kepada para pelajar bukan Melayu malah kami ingin turut memberikan platform kepada pelajar bangsa asing untuk turut menghargai keindahan adat orang Islam melalui sedikit sebanyak pengetahuan tentang bulan Ramadhan. Acara ini telah dibahagikan kepada beberapa segmen.
Sebagai acara pembuka tirai, segmen pertama yang dijalankan merupakan aktiviti membuat Kuih Tat Nutella memandangkan kuih ini memang menjadi kuih kegemaran ramai pada Hari Raya! Aktiviti tersebut dimulakan terlebih dahulu dengan para fasilitator menerangkan sedikit sebanyak tentang asal usul kuih tat serta jenis-jenisnya yang beraneka macam yang merupakan salah satu jenis kuih yang dihidangkan ketika perayaan Hari Raya Puasa. Objektif sesi ini adalah untuk membolehkan pelajar mempelajari dan menghayati sejarah ‘Kuih Tat’ dalam masyarakat Melayu sedunia dan sekaligus memahami perbezaan antara dua cara mencetak kuih tat. Yang lebih menyeronokkan, para pelajar dapat mencuba sendiri membuat kuih tat dengan menguli tepung, mencetak serta menyepit doh menerusi sesi ‘Mari Cuba!’. Malah, kami juga menyediakan ketuhar untuk membakar kuih tat yang seterusnya dijadikan sebahagian daripada hidangan dalam acara ini.
Seterusnya, kami beralih ke sesi Kaligrafi Jawi. Sesi ini bertemakan ‘Keikhlasan’ supaya kami sentiasa diingatkan bahawa dalam segala hubungan antara manusia tidak kira agama atau bangsa, pertolongan yang disalurkan semestinya dilakukan dengan sepenuh ketulusan hati. Aktikiti menulis Kaligrafi Jawi ini didahulukan dengan segmen pengenalan kepada Bahasa Arab yang mana para pelajar MLEP menerangkan tentang sejarah bahasa Arab di Tanah Melayu. Kemudiannya, para peserta diberikan peluang untuk mempelajari dan mengenal pasti beberapa huruf Jawi yang sepadan dengan huruf bahasa Inggeris. Sesi ini merupakan salah satu sesi yang unik kerana para pelajar diberikan peluang untuk menulis nama mereka dalam bahasa Jawi di beg kantung yang disediakan.
Hasil karya para peserta
Sebagai penutup acara, kami mengakhiri sesi dengan acara iftar bersama. Para pelajar bukan Islam dapat sama-sama berbuka puasa dengan juadah yang disediakan. Semestinya tidak lupa, juadah buka puasa tidak lengkap sekiranya tiada
  64 DIARI • YIJC



























































































   64   65   66   67   68