Page 67 - SP2021
P. 67
kurma dan air katira yang sinonim dengan bulan Ramadhan di Singapura. Walaupun kami tidak dapat berkumpul dan makan secara beramai- ramai, kami tetap bersyukur dan berpuas hati kerana acara majlis iftar bersama
tetap meriah dan berjalan dengan lancar.
Kamiterharudenganrespons yang cukup memuaskan yang diberikan oleh
para pelajar YIJC. Walaupun para pemudah
cara terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dalam menjayakan program ini, hasil titik peluh kami akhirnya tidak sia-sia. Kami bukan sahaja harus menterjemahkan segala informasi dalam bahasa Melayu ke bahasa Inggeris, kami juga harus belajar sendiri cara membuat kuih tat dan cara-cara
mengukir kaligrafi Jawi. Namun pengalaman ini, tidak dapat dinafikan, telah menjadi suatu pengalaman yang bermakna buat kami. Rata- rata para peserta juga berpuas hati dengan majlis iftar ini kerana mereka dapat berkenalan serta
merapatkan silaturahim antara satu sama lain meskipun terpaksa mematuhi pelbagai peraturan ketat. Sejujurnya, acara ini amat bermakna bagi kami kerana ia telah memberikan kami peluang keemasan untuk menonjolkan budaya Melayu kepada lebih ramai orang asing dalam komuniti maktab kami supaya mereka juga dapat menghargai
keindahan serta kekayaan budaya kami!
YIJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 65