Page 69 - SP2021
P. 69

  Bengkel Penulisan Certot
Nurul Huda Binte Husein
  Pada 27 Feb 2021, bengkel penulisan certot telah diadakan sebagai sebahagian daripada Acara Suai kenal dan Perkhemahan Sastera. Bengkel ini telah dibimbing oleh seorang penulis yang prolifik, Cikgu Noor Hasnah Adam dan telah dijalankan menerusi sidang video Zoom. Semasa bengkel ini, pembimbing memperkenalkan teknik- teknik penulisan deskriptif sastera. Pertama, Cikgu Hasnah menerangkan tentang penggunaan falsafah, iaitu pegangan terhadap suatu perkara dalam kehidupan yang rapat dengan pengertian budaya. Kami didedahkan kepada bagaimana falsafah dijadikan mesej utama penulis yang dapat mempengaruhi khalayak. Cikgu Hasnah menunjukkan beberapa contoh puisi yang mempunyai simbol untuk melambangkan sesuatu falsafah. Sebagai contoh, simbol pelangi yang menggambarkan kepercayaan terhadap kemanusiaan digunakan dalam puisi tersebut:
“Manusia berbeza warnanya hitam putih merah kuning jiwa bak pelangi warna-warni putar-putarnya warnanya satu”
Para peserta telah dimasukkan ke
dalam beberapa ruang perbincangan untuk menyelesaikan tugasan. Tugasan kami yang pertama adalah bekerja secara berpasangan dan memikirkan tentang suatu objek dan menjadikannya suatu lambang dan mencipta
makna tersirat lambang tersebut. Saya telah sempat bekerjasama dengan Sakeenah dari Maktab Rendah Jurong Pioneer. Setelah perbincangan, kami memilih cermin sebagai simbol dan mencipta falsafah tentangnya – refleksi dan kesedaran diri.
Seterusnya, kami belajar tentang penggunaan visual, alat yang membolehkan penulis meng’hidup’kan karya sasteranya. Ada banyak cara untuk menambah nilai visual dalam penulisan seperti memberikan benda-benda warna, memerihalkan reaksi-reaksi fizikal dan menambah perasaan watak.
Kemudian, Cikgu Hasnah memperkenalkan kaedah monolog dalam cerpen. Monolog menyentuh bahan yang terpendam dalam hati watak. Saya dan Sakeenah mengarang monolog dari sudut pandangan seorang ayah yang terperangkap di negara Malaysia dan tidak dapat berjumpa keluarganya semasa pemutus rantaian pandemik COVID-19.
Terdapat beberapa lagi teknik penceritaan yang disentuh oleh pembimbing, termasuk
‘dua dunia berbeza’, ‘pertemuan watak legenda’, ‘puitis’
dan ‘alam bukan manusia’.
 RI • SAUJANA PUJANGGA 2021 67






















































































   67   68   69   70   71