Page 71 - SP2021
P. 71

  Majlis Penyampaian Sijil Tamat Program Kohort 2020-2021
Zoha Bte Syed Mohsin Elie Salsabilah Ali
  Majlis Penyampaian Sijil Tamat Program telah diadakan menerusi Zoom pada 14 Ogos 2021 untuk menandakan tamatnya program MLEP bagi pelajar-pelajar Tahun 2 dan mengiktiraf kejayaan mereka.
Majlis dimulakan dengan persembahan perpisahan oleh graduan 2021. Graduan- graduan 2021 dari setiap maktab rendah telah merakamkan sebuah persembahan dan menunjukkan bakat mereka seperti memainkan alunan kompang, menyampaikan persembahan silat, nyanyian, tarian Melayu serta montaj yang merakamkan secara visual perjalanan serta pengalaman mereka mengikuti pelbagai aktiviti MLEP. Melalui persembahan yang disampaikan, jelas terpancar minat mereka yang mendalam terhadap bahasa dan budaya Melayu. Graduan- graduan kelihatan amat gembira dan bangga ketika menerima sijil tamat program daripada pemimpin maktab masing-masing. Kami yang menyaksikan persembahan dan perkongsian mereka serta upacara penyampaian sijil mereka, turut teruja, berbangga dan langsung bertekad untuk mengecap kejayaan yang lebih besar lagi pada tahun hadapan.
Pada tahun ini, Qistina Athirah Binte Mohamed Isa dari Maktab Rendah Kebangsaan (NJC) telah terpilih sebagai wakil pelajar MLEP, yang telah menyampaikan ucapan perpisahan bagi pihak kohort 2020-2021. Dalam ucapannya, Qistina Athirah telah berkongsi detik-detik manis melibatkan diri dalam peraduan deklamasi sajak dan cabaran sebagai ketua pelajar kohort pertama MLEP NJC. Walaupun dia akur akan pelbagai cabaran yang harus dihadapi, dia begitu bangga akan kerjasama antara pelajar-pelajar NJC yang terus berusaha memperjuangkan minat mereka dalam bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu. Qistina menyeru dan membakar semangat rakan- rakan MLEP yang lain untuk mempertingkatkan diri dan berusaha menyumbang kepada perkembangan bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu.
Majlis ini diteruskan dengan ucapan penutup oleh Puan Rina Kesumawati Mizzy Ahmad, Penolong Pengarah Bahasa Melayu, yang telah berkongsi secebis kisah dan pesanan kepada kami bahawa bukan orang yang paling kuat atau yang paling pintar yang akan bertahan dalam dunia yang tidak menentu. Sebaliknya, orang yang akan bertahan ialah orang yang mampu menyesuaikan diri dalam
 YIJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 69




























































































   69   70   71   72   73