Page 72 - SP2021
P. 72
apa juga perubahan dan keadaan. Dia akhiri ucapan beliau dengan menekankan bahawa para pelajar boleh menyesuaikan diri jika memiliki minda yang terbuka dan rasional serta bersifat proaktif.
Majlis ini telah menyedarkan kami bahawa setiap maktab mempunyai cabaran yang tersendiri dalam melaksanakan kegiatan masing-masing tetapi dengan semangat ingin tahu dalam diri
kami, kami dapat menggapai objektif MLEP serta meningkatkan penghayatan kami terhadap bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu. Pengalaman yang dikongsi oleh wakil pelajar telah menyemarakkan lagi minat kami untuk mendalami bahasa dan kesusasteraan Melayu sementara pesanan berharga oleh Puan Rina akan kami sematkan dalam hati dan berusaha untuk mengamalkannya.
70 DIARI • YIJC