Page 74 - SP2021
P. 74
Titik tolak perbincangan
• Perlunya usaha menjalin rangkaian dan meningkatkan kembali kesedaran
• Peranan budaya dan bahasa Melayu
yang menjadi penyatu
• Bentuk2 (ke)bersama(an) yang
mengaitkan antara kita
• Gagasan asas harus diperluaskan
• Pengajian budaya Melayu tidak terhad
kepada
• Dalam kegiatan tentang bahasa dan
budaya Melayu, hubungan dengan masyarakat yang lebih luas harus dibina dan dipupuk
bermaksud ‘Kaum Melayu’ untuk menunjukkan bagaimana orang British tidak dapat memisahkan mereka mengikut perencanaan kawasan tersebut.
Tambahan pula, masalah kearaban menjadi salah satu sebab hilangnya sejarah tentang perdagangan orang Melayu. Contoh-contoh yang dikongsi oleh beliau ialah ‘Arab Street’ yang sebenarnya ‘Java Street’ dan ‘Bussorah’ yang mempunyai nama asli ‘Kampung Kaji’. Nama-nama asal untuk tempat- tempat ini hanya diketahui generasi lama. Terbukti tidak ada cukup usaha untuk mengingatkan generasi muda tentang sejarah di sebalik nama- nama asal tempat sebegini. Tokoh seperti Haji Samasudi (Samsudin) Daing Matara, yang merupakan pedagang Bugis di Kereta Kuda dan Kandang Kuda turut dilupakan.
Lokasi-lokasi lain yang berisiko hilang disebabkan pemodenan dan tanah Singapura yang kecil ialah Bukit Keramat. Tanah sekeliling di bukit ini mempunyai nama-nama daripada budaya yang majmuk. Selain itu, Jalan Kubor mempunyai banyak hal terungkap dengan batu-batu yang berbagai- bagai bentuk. Batu-batunya terdapat aksara berbeza tetapi masih merujuk kepada agama Islam. Aksara ini dalam Bahasa Gujarati, Bugis, Cina, dan ada juga yang masih belum dikenali. Maka itu, Dr. Imran mengatakan bahawa lebih penelitian diperlukan secara saksama agar dapat mengupas tentang sejarah di sebalik tempat tersebut.
Sebagai ilmu tambahan tentang orang Bugis, beliau juga mengetengahkan tentang penambang dan kapal perdagangan mereka. Ini amat menarik kerana menurut beliau, tiang kapal perdagangan mereka boleh diturunkan dan ditambat di depan rumah. Sungguh memudahkan! Setelah itu, Dr. Imran menyambung dengan membangkitkan bagaimana Pulau Ubin tidak patut dijadikan sebagai landskap semula jadi sahaja. Bahkan, alam dan muzium Cina yang terdapat di sana, termasuk rumah Melayu juga patut dipulihara kerana ini semua merupakan bangunan-bangunan bersejarah bagi Singapura.
Sebagai kesimpulan, Dr. Imran telah mengingatkan kita tentang keberadaan Melayu di dalam dan luar kota. Harapan beliau agar belia Singapura dapat meneruskan usaha mempelajari dengan lebih mendalam tentang sejarah Singapura melalui pembacaan di ‘NewspaperSG’ dan ‘Arkib Singapura’. Malah, pengetahuan dan kemahiran membaca Jawi amat membantu untuk membaca artikel atau makalah zaman dahulu. Nasihatnya, dalam usaha mendokumentasikan cara hidup orang dahulu, beliau menggalakkan para pelajar untuk melakukan wawancara dengan generasi terdahulu. Pertuturan mengikut lenggok Johor- Riau mengingatkan kita tentang adanya darah peranakan dalam tubuh kita dan kita tidak boleh hanya tertumpu kepada sebutan baku sahaja sebagai cara pertuturan. Justeru, sesi ceramah ini telah mengajak para peserta mendalami pengetahuan tentang Singapura dan memupuk minat yang lebih berkobar-kobar dalam usaha untuk memelihara sejarah Singapura secara keseluruhannya, dan bukan hanya terhad kepada sejarah mengikut perspektif kolonial. Sebagai anak Melayu, kita mempunyai tanggungjawab untuk memandang tinggi terhadap tokoh-tokoh Melayu kita, agar mereka tidak lenyap daripada lipatan sejarah.
72 DIARI • RI