Page 76 - SP2021
P. 76

 Program Pementoran NUS
Program Pementoran NUS merupakan suatu program yang baharu dan dikelolakan oleh Dr. Azhar Ibrahim, pensyarah kanan dari Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (NUS) dengan kerjasama pihak Unit Bahasa Melayu, Cawangan Bahasa Ibunda, Kementerian Pendidikan (MOE). Dimulakan pada 23 Julai 2021, program ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar meraih pengalaman dan gambaran tentang pembelajaran dan kehidupan di kampus. Sejajar dengan itu, diharapkan pengalaman yang diraih akan meningkatkan kecenderungan mereka terhadap Pengajian Melayu lalu terdorong untuk mengambil Bahasa dan Kesusteraan Melayu H3 (H3MLL) pada Tahun 2 dan melanjutkan pelajaran di NUS selepas lulus pengajian di maktab rendah.
Mari kita baca refleksi sebahagian daripada para pelajar yang telah mengikuti program pementoran ini.
Naufal Aiman Bin Jasni
Institusi Raffles
Program pementoran ini merupakan suatu peluang keemasan bagi saya untuk mendapatkan pengalaman tentang kehidupan sebagai seorang pelajar NUS. Lagipun, program ini khusus untuk pelajar MLEP Tahun 1. Selain daripada ingin mendapat pengalaman yang baharu, saya ingin menyertai program ini kerana memang sudah lama saya bercadang untuk mengambil subjek H3 MLL pada tahun 2022. Dengan menyertai program ini, saya dapat untuk membuat keputusan yang lebih tepat sama ada untuk mengambil subjek tersebut ataupun tidak. Justeru program pementoran ini dapat meningkatkan minat saya terhadap kesusasteraan dan bahasa
Melayu.
Kesemua lima sesi diadakan sebulan sekali pada hari Jumaat melalui wadah Zoom. Sesi pertama jatuh pada 23 Julai. Pada sesi tersebut, kami diberikan peluang untuk mengenali satu sama lain dengan lebih dekat. Dr. Azhar juga mengambil kesempatan untuk berkongsi tentang kehidupannya serta kerjayanya sebagai seorang pensyarah di NUS. Selain suai kenal, Dr. Azhar juga telah berkongsi kepada kami tentang dunia Melayu-Indonesia. Beliau
 74 DIARI • RI


























































































   74   75   76   77   78