Page 77 - SP2021
P. 77

  telah berkongsi bahawa dunia Melayu-Indonesia mempunyai potensi pembangunan ekonomi yang paling pesat sekali. Beliau juga berkata bahawa dunia Melayu-Indonesia merupakan dunia kepulauan yang terbesar di dunia. Pada akhir sesi tersebut, Dr. Azhar berkongsi tentang tiga pancangan utama pengajian Melayu — Ilmu Kemasyarakatan, Kebudayaan & Keagamaan Masyarakat, dan Sejarah & Ilmu Kemanusiaan.
20 Ogos merupakan tarikh sesi kedua kami. Pada hari itu, kami mempelajari tentang Munshi Abdullah dan sumbangan beliau terhadap dunia kesusasteraan Melayu. Munshi Abdullah merupakan seorang ahli bahasa yang fasih bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu, bahasa Arab, bahasa Tamil, dan bahasa Hindi. Sepanjang hidup beliau, beliau merupakan seorang guru dan penulis. Beliau juga berpeluang untuk bekerja dengan Sir Stamford Raffles. Munshi Abdullah menyumbang kepakaran beliau dalam bidang bahasa.
Dalam sesi yang seterusnya, iaitu pada 24 September, Dr. Azhar berkongsi tentang sumbangan penulis dan penggiat sastera Masuri SN serta Usman Awang. Selain menulis sajak, Masuri SN juga telah mengasaskan Angkatan Sasterawan ‘50 (Asas ‘50), iaitu sebuah pertubuhan yang menyokong perkembangan persuratan dunia Melayu. Usman Awang juga merupakan seorang penggiat sastera yang telah menubuhkan Asas ‘50. Antara sajak kegemaran saya yang ditulis oleh beliau ialah sajak yang berjudul ‘Ke Makam Bonda’. Sajak itu menggambarkan hubungan erat antara anak dengan ibunya yang telah berpulang ke dunia abadi.
22 Oktober merupakan hari sesi keempat kami. Pada hari itu, Dr. Azhar berkongsi tentang kepentingan ilmu kemanusiaan dan ilmu kemasyarakatan. Kami juga mempelajari bahawa ilmu-ilmu inilah yang dapat untuk membantu kita memahami dan menyelesaikan masalah hubungan kemanusiaan
dalam lingkungan sosialnya menerusi ilmu psikologi dan psikiatrik Antara masalah yang dimaksudkan ialah masalah gangguan jiwa dan
mempunyai kebaikannya. Dengan ilmu sains, kita semua mampu untuk menyelesaikan masalah yang memerlukan keupayaan kognitif. Maka itu, secara keseluruhan, setiap cabang ilmu mempunyai tugas dan peranan masing-masing.
Sesi terakhir kami berlangsung pada 26 November. Dalam sesi tersebut, kami berpeluang untuk mengenali tokoh pemikir intelektual Nusantara. Antara tokoh yang kami pelajari ialah Syed Hussein Alatas. Beliau merupakan seorang ahli sosiologi dan telah menulis beberapa naskhah buku. Buku terkenal beliau bertajuk ‘Mitos Pribumi Malas’, yang mengandungi pandangan-pandangan terhadap masyarakat Melayu yang tidak benar. Selain mengenali tokoh-tokoh Nusantara, kami juga mempelajari tentang peranan bahasa yang berfungsi untuk menghubungkan antara manusia serta digunakan sebagai alat untuk merakamkan sejarah dunia Melayu.
Secara keseluruhan, saya berpendapat bahawa program ini amat bermanfaat sekali kerana saya dapat mempelajari perkembangan dunia Nusantara dari aspek bahasa, budaya dan sastera dengan lebih mendalam. Ilmu yang telah saya raih ini bukanlah ilmu yang boleh didapati dalam bilik darjah biasa. Menerusi program ini, saya lebih memahami bahawa masyarakat Melayu sebenarnya amat maju dan dinamik.
Selepas menyertai program ini, saya lebih terdorong untuk mengambil subjek H3 MLL pada tahun 2022. Saya berharap bahawa program ini akan terus diadakan bagi kumpulan pelajar tahun hadapan kerana saya yakin bahawa mereka juga akan meraih banyak manfaat menerusi program pementoran ini. Akhir kata, saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Kementerian Pendidikan serta Jabatan Pengajian Melayu, NUS kerana memberikan peluang keemasan kepada saya untuk menyertai program ini.
 sakit emosi. Walaupun demikian, ilmu sains juga
RI • SAUJANA PUJANGGA 2021 75
























































































   75   76   77   78   79