Page 75 - SP2021
P. 75
Sesi Dialog Bersama
Setiausaha Parlimen
Nurfarzana Binte Omar
‘P
Selanjutnya, Puan Rahayu mula menghuraikan pengalamannya sebagai minoriti yang berhijab dan beliau mengatakan bahawa identitinya tidak pernah melucutkan peluangnya untuk menunjukkan kebolehannya. Perkongsian beliau tentu sekali telah memberikan semangat dan melegakan kami sebagai masayarakat minoriti supaya lebih yakin dalam menghadapi rintangan.
Satu lagi soalan yang telah dikemukakan adalah tentang tatatingkat antara orang dewasa yang dianggap lebih berkuasa dengan anak muda yang dianggap lemah dan tidak boleh bersuara. Ini merupakan salah satu keprihatinan ramai anak muda hari ini kerana anak muda semasa zaman ini lebih berani bersuara tentang isu-isu semasa tetapi gagasannya sering diabaikan orang dewasa. Puan Rahayu menasihati kami supaya tidak mengetepikan kata-kata orang dewasa seluruhnya kerana kata-kata mereka berdasarkan kematangan dan pengalaman. Beliau juga dapat meyakinkan kami bahawa suara akan sentiasa didengar dengan adanya wadah-wadah yang wujud, terutama sekali wadah-wadah seperti sesi dialog. Suara dan pendapat belia akan selalu dihargai kerana belia kini mampu menawarkan perspektif yang segar dan berlainan. Di sinilah dapat dilihat peri pentingnya pendapat daripada kedua-dua belah pihak.
Pada pendapat saya, sesi ini telah membuka mata saya kepada pelbagai isu penting yang selama ini saya remehkan. Saya amat kagum dengan soalan-soalan yang rakan-rakan sebaya saya telah ajukan kerana saya mula sedar bahawa ramai lagi remaja seperti saya yang mempunyai keprihatinan terhadap perkara yang sama. Sebagai dia pula, saya lebih yakin dengan tanggungjawab yang harus digalas. Sememangnya, kamilah pelapis masyarakat yang akan meneraju negara ini kelak dan justeru itu, penting bagi kami berusaha dengan gigih demi memastikan masyarakat kami sentiasa maju dan menyesuaikan diri dengan perubahan yang datang.
eranan Belia dalam Norma Baharu’. Itulah tajuk bagi sesi sembang bersama Setiausaha Parlimen, Kementerian Perhubungan dan Penerangan & Kementerian Kesihatan, Puan Rahayu Mahzam pada 25 Ogos 2021 yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan. Sesi sembang ini telah dijalankan secara maya dan bertujuan untuk memberikan peluang kepada para pelajar untuk berinteraksi, sekaligus bertukar-tukar pendapat dengan pemimpin masyarakat tentang isu semasa dan kepimpinan, khususnya berkaitan peranan kami sebagai pemimpin masa depan yang akan meneruskan usaha melestarikan bahasa dan budaya Melayu.
Puan Rahayu telah memulakan sesi ini dengan memberikan kata-kata semangat serta menerangkan serba sedikit tentang kepentingan tanggungjawab kami dalam masyarakat hari ini. Setelah itu, beliau pula mengajak kami mengemukakan pertanyaan untuk dijawabnya.
Antara soalan yang telah diajukan adalah tentang masalah-masalah yang pernah dihadapi oleh Puan Rahayu sebagai seorang pemimpin yang berhijab dalam negara sekular seperti Singapura. Pada pendapat saya, soalan ini amat relevan kerana pada ketika itu pihak pemerintah baharu sahaja membenarkan pekerja-pekerja wanita Islam dalam bidang khidmat kesihatan memakai hijab sebagai tambahan kepada pakaian seragam mereka.
JPJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 73