Page 73 - SP2021
P. 73
Siri Ceramah MLEP Ke-10 Belia, Budaya & Identiti: Membangun Kesedaran Sejarah yang Kritis
Nur Hanisah Binte Mohamad Ibrahim
Pada 14 Ogos 2021, Program Elektif Bahasa Melayu (MLEP) telah mengadakan Siri Ceramah yang ke-sepuluh melalui sidang video Zoom. Tema tahun ini ialah ‘Belia, Budaya & Identiti’. Ceramah ini telah menyentuh tentang peranan belia dalam usaha memelihara sejarah Melayu di Singapura. Penceramahnya ialah Dr. Imran Tajudeen, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Melayu dan Jabatan Komunikasi dan Media Baharu, Universiti Nasional Singapura (NUS).
Pada awalnya, Dr. Imran telah meluahkan isi hatinya tentang harapan beliau agar para belia dapat membangunkan kesedaran sejarah yang kritis dalam masyarakat Melayu. Ini dapat dilakukan dengan menjalin rangkaian dan meluaskan gagasan tentang keterkaitan bahasa dan budaya Melayu melewati batas-batas ras. Ceramah beliau mengetengahkan dunia sejarah Singapura yang tidak diketahui ramai. Bahasa Melayu sebelum ini dituturkan oleh semua orang, tidak kira bangsa ataupun kaum kerana bahasa ini merupakan bahasa pengantara. Dengan itu, bahasa Melayu telah digunakan sebagai istilah- istilah dalam budaya lain.
Sebagai contoh, perkataan ‘pasar’ digunakan dalam bahasa Hokkien, ‘pa-sat’ dan Tamil, ‘cantai’. Malah, orang British juga menggunakan istilah bahasa Melayu. Satu perkataan yang lazim digunakan ialah ‘kampung’. Menurut Orang Inggeris, perkataan ‘kampung’ membawa tiga maksud - ‘Campong’ yang menandakan daerah bandar, ‘Compound house’ yang merujuk kepada rumah dua tingkat, dan
‘kampung’ sebagai bandar atau desa. Banyak bangunan yang dibina mengikut seni bina rumah kampung. Sebagai contoh, bangunan Taman Warisan Melayu (TWM) yang merupakan rumah panggung. Demi menghormati tata letak asli, di mana lantai atas merupakan ruang tamu di rumah kampung, galeri di TWM bermula daripada tingkat atas dan berakhir di tingkat satu.
Dr. Imran meneruskan perkongsian beliau dengan menjelaskan tentang faktor-faktor yang menyebabkan kehilangan sejarah tentang tokoh-tokoh Melayu di tanah air Singapura. Pertama, pelaksanaan ‘Pelan Jackson’ pada tahun 1822 merupakan rencana kolonial yang telah mengasingkan orang mengikut kaum mereka. Pihak kolonial ingin mempamerkan pelbagai masyarakat yang berbeza mengikut kawasan- kawasan yang tertentu. Beliau mengkritik bahawa orang dahulu tinggal secara bercampur-gaul, dan mustahil untuk mengasingkan mereka. Satu contoh ialah Dr. Abdul Samat, doktor Melayu pertama di Singapura. Beliau telah membuka ‘KM Dispensary’ pertama di Kampung Susu. Ini menakjubkan kerana Kampung Susu pada masa itu diduduki oleh orang-orang Teochew. ‘KM’
RI • SAUJANA PUJANGGA 2021 71