Page 70 - SP2021
P. 70

 Ini Cengkerang Kita! Oleh Noor Hasnah Adam
Falsafah:
Bersatu teguh, bercerai roboh.
Kita akan menjadi lebih lemah apabila tiada muafakat dalam masyarakat kita. Kelemahan itu akan digunakan musuh untuk membinasakan kita.
SIMBOL DALAM CERPEN:
SIPUT: Golongan teraniaya, sering ditindas orang berkuasa
UMANG-UMANG: Orang yang berkuasa, ganas dan tidak berperi kemanusiaan
Simbol Peristiwa: pergaduhan sesama sendiri dan diserang musuh
Akhirnya, kami ditugaskan untuk menulis sebuah certot iaitu cerita kontot atau kini lebih dikenali sebagai fiksyen mikro dalam masa satu jam. Kami perlu menggunakan simbol bersama falsafahnya, dan menggunakan satu teknik penceritaan yang dipelajari. Saya dan Sakeenah menggunakan gabungan beberapa kaedah penulisan, termasuklah simbol cermin, monolog, visual dan pertemuan watak legenda. Pada pendapat saya, masa yang singkat yang diberikan sebenarnya amat berfaedah
kerana tanpa had masa yang tetap, kami akan tercenderung untuk menulis lebih panjang, yang mungkin boleh menukar atau menghilangkan kesan cerita itu. Saya juga berbesar hati kerana saya dapat bekerjasama dengan seseorang yang kreatif dan berpengetahuan tentang cerita-cerita
dongeng Melayu dan kosa kata yang luas.
Secara keseluruhan, saya pasti setiap peserta telah mendapat manfaat daripada bengkel tersebut. Bengkel penulisan ini telah memberi inspirasi dan motivasi kepada peserta untuk
menulis dengan lebih kreatif.
Rakan saya, Nur Hanisah juga bersetuju. Katanya, “Manfaat yang dapat saya raih daripada bengkel penulisan Cikgu Hasnah adalah bagaimana untuk membuat penulisan saya lebih menarik dengan mengambil pelbagai perspektif dan membuat penulisan saya lebih bermakna dengan penggunaan simbol.” Tambahan pula, Nur Hanisah juga berasa bahawa penggunaan cerita Kungfu Panda sebagai salah satu contoh sangat
menarik dan menghiburkan.
Harapan saya pada masa hadapan adalah supaya kami dapat berbincang lebih mendalam tentang simbolisme yang digunakan dalam filem-filem yang terkenal. Selain itu, saya mahu bekerjasama dengan lebih ramai rakan dari maktab-maktab yang lain untuk menghasilkan karya yang lebih bermutu.
68 DIARI • RI


















































































   68   69   70   71   72