Page 18 - BUKU LAPORAN AGM 2023
P. 18

LAPORAN AJK KEBAJIKAN KSKE 2021-2023



                             LAWATAN KE LANGKAWI ANJURAN RISDA ESTATES SDN. BHD.



























              KSKE telah mendapat amanah dari pihak pengurusan RESB untuk menguruskan lawatan ke Langkawi

              pada 23-27 November 2021 selama 4 hari 3 malam dengan disertai oleh 24 orang Ahli KSKE dan 6

              orang ahli keluarga. KSKE telah menggunakan khidmat in SAFF Travel & Tours Sdn. Bhd. sebagai

              agen pelancongan yg dilantik untuk menguruskan perkara-perkara yg berkaitan di sana.


              Pihak Pengurusan dan Kelab Sukan telah menyediakan bas bagi lawatan ke Langkawi. Kenderaan

              yang dinaiki telah menggunakan khidmat RoRo (Roll on/roll off) yang mana kenderaan tersebut akan

              terus ke daratan Langkawi.



              Sepanjang  berada  di  Pulau  Langkawi  pelbagai  aktiviti  telah  diadakan.  Pada  hari  kedua  ahli  telah
              menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam

              setengah. Sesampainya di Pulau Langkawi ahli telah dibawa ke Ram’s Chocolate dan Kitchen Gallery.

              Selesai membeli belah ahli telah dibawa ke Pantai Chenang dan makan di Restoran Gulai Kawah

              sambal bersiar-siar di sepanjang Pantai Chenang. Pada jam 8 malam semua ahli telah diberikan bilik

              untuk berehat.


              Pada hari ketiga ahli telah dibawa menaiki skycab menuju ke Gunung Mat Chinchang. Setelah diberi

              masa selama 1 jam, ahli telah dibawa ke Geopark Village dimana terdapat beberapa aktivit seperti

              melawat Muzium Seni 3D, Art Museum, F1 Simulator, 6D Cinemotion dan pelbagai jualan di Galeri

              Produk Langkawi. Ahli teah dibawa ke Pekan Kuah untuk membeli belah. Setelah makan tengahari di
              Restoran Kampung Mat Sirat, ahli telah dibawa menaiki Sunset Cruise dan makan malam di Royal

              Yatch Club Jetty.
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23