Page 22 - BUKU LAPORAN AGM 2023
P. 22

LAPORAN AKTIVITI SUKAN 2021-2023



              1.     MINI SUKAN KSKE KALI KE-25  -  2021/2023



              Mini  Sukan  Tahunan  Kelab  Sukan  dan  Kebajikan  Estates  (  KSKE  )  Ibu  Pejabat  Kali  Ke-26  telah

              diadakan dengan jayanya bermula pada 26 September 2022 dan berakhir pada 16 Oktober 2022. Untuk
              edisi  kali  ini,  hanya  12  acara  yg  dipertandingkan  berbanding  17  acara  pada  sessi  yang  lepas.

              Pembahagian  ahli-ahli  KSKE  dipecahkan  kepada  empat  (4)  pasukan  berdasarkan  prestasi,  tahap

              kemampuan ahli-ahli tersebut samada untuk acara ‘outdoor’ mahu pun ‘indoor’. Pihak Jawantankuasa

              KSKE juga telah memutuskan memberi nama setiap pasukan iaitu THUNDER (Oren), PANTHER (Biru),
              TITANS (Hijau) dan TIGRIS (Merah). Pada edisi kali ini, pihak kelab telah memberi  dana berjumlah

              RM2,000  kepada  setip  pasukan  sebagai  perbelanjaan  makan  minum  dan  sebagainya  sepanjang

              berlangsungnya Pesta Mini Sukan KSKE Kali Ke-26 kali ini.



              Vanue bagi acara-acara indoor telah diadakan di Tingkat 6 dan Dewan Mestika Sari RISDA Estates
              seperti acara Karom, Dart, Congkak, Batu Seremban dan Golf Putting dan Ping Pong.  Bagi acara

              Badminton diadakan di Dewan DBKL PPR Ampang Hiliran dan Boling (lelaki dan wanita) di Endah

              Parade, Sri Petaling serta Bola Tampar di Kompleks Sukan UIA, Gombak. Selain daripada itu, terdapat

              sedikit perubahan format bagi acara Dam Ular yng telah dinaik taraf dari acara pengenalan kepada

              acara wajib untuk pungutan mata.


              Pada edisi Ke-26 ni, Persaingan merebut juara keseluruhan berlangsung sengit antara keempat-empat

              pasukan dimana pungutan mata sangat rapat.  Akhirnya, Pasukan TIGRIS telah dinobatkan sebagai

              Juara keseluruhan dengan jumlah mata sebanyak 19 mata. Manakala tempat kedua & ketiga dikongsi

              bersama antara TITANS dan THUNDER dengan 18 mata manakala PANTHER dikedudukan terakhir
              dengan 17 mata. Keseluruhannya, edisi kali ini adalah antara yang paling sengit dan mencabar. Syabas

              dan Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang

              tinggi. In Sha Allah, berjumpa lagi di Mini Sukan KSKE Kali Ke-27 nanti.



              Majlis penutup dan penyampaian Piala Pusingan Mini Sukan KSKE Kali Ke-26 telah berlangsung pada
              21 Oktober 2022 yang telah disempurnakan oleh En. Mohammad Zakaria bin Alang Zahari, Ketua

              Pegawai Eksekutif merangkap Penaung KSKE.
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27