Page 20 - BUKU LAPORAN AGM 2023
P. 20

LAWATAN KE PULAU TIOMAN



























              KSKE telah mengadakan Lawatan Ke Pulau Tioman. Lawatan telah dibahagikan kepada dua (2) sesi

              iaitu pada 23-26 Jun 2022 dan 14-16 Julai 2022. Sesi pertama pada 23-26 Jun 2022 seramai 34 orang
              ahli telah menyertai lawatan tersebut. Sesi kedua pula pada 14-16 Julai 2022 seramai 34 orang telah

              menyertai lawatan tersebut.



              Bas telah bertolak dari Ibu Pejabat jam 11 malam dan telah sampai ke Jeti Mersing pada jam 5.30 pagi.

              Feri bertolak jam 7.00 pagi dan sampai ke destinasi jam 9.00 pagi. Sejurus sampai ke Paya Beach
              Resort Spa & Dive Resort semua ahli telah dijamu dengan makan tengahari. Pada sebelah petang, ahli

              telah  dibawa  ke  Mangrove  Swamp  Walking  untuk  merasai  suasana  flora  dan  fauna  serta  dapat

              bermandi manda di air terjun yang ada di situ.



              Keesokan harinya, ahli telah menjalani aktiviti yoga di persisiran pantai sambal menghirup udara pantai.
              Selepas sarapan, semua ahli telah bersiap sedia untuk melakukan aktiviti snorkeling di Renggis Island

              & Marine Park sehingga tengahari. Ahli dapat merasai pengalaman melihat ikan di dasar laut dalam

              dan berenang. Pada waktu petang pula, pihak KSKE telah menganjurkan sukaneka dan bola tampar

              pantai. Makan malam pula ahli disajikan dengan BBQ.


              Pada hari terakhir ahli berkumpul di jeti pada jam 9 pagi untuk menaiki feri pulang ke Jeti Mersing.

              Secara  keseluruhan,  ahli-ahli  KSKE  berpuas  hati  dengan  lawatan  dan  program-program  yang

              disediakan.



              Disediakan Oleh :
              AJK Kebajikan
              KSKE Sesi 2021-2023
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25