Page 21 - 20210817 - ECERDC Annual Report 2020 v5
P. 21
74 WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR
Majlis Konvokesyen dan Anugerah Usahawan empower
ECER Kelantan diadakan pada 13 Februari 2020
PEMBANGUNAN
MODAL INSAN DAN
KEUSAHAWANAN
Pembangunan Modal Insan ECER kekal menjadi keutamaan kepada ECERDC
untuk membantu rakyat menyesuaikan diri dalam realiti ekonomi baharu
berikutan peningkatan jumlah isi rumah yang hidup di bawah garis kemiskinan
akibat pandemik. Di dalam ekosistem ECER, Pembangunan Modal Insan
adalah amat penting dalam merealisasikan visi untuk menjadi sebuah Wilayah
maju menjelang 2025. Ini kerana, Pembangunan Modal Insan berperanan
meningkatkan pencapaian akademik para pelajar daripada keluarga kurang
berkemampuan, menyediakan tenaga kerja mahir bagi memenuhi kehendak
semasa industri serta membangunkan para usahawan yang dapat merebut
peluang yang diwujudkan oleh kemasukan pelaburan swasta di ECER.