Page 25 - 20210817 - ECERDC Annual Report 2020 v5
P. 25
LOGISTIK DAN
PERKHIDMATAN
Pembangunan infrastruktur logistik dan perkhidmatan merupakan
pengupaya dalam memacu pertumbuhan ekonomi pesat serta
seimbang di ECER. Akses yang lebih baik dan kemudahan asas
yang lengkap akan menggalakkan kemasukan pelaburan baharu,
merancakkan aktiviti ekonomi setempat di samping usaha-usaha
pemeliharaan alam sekitar dan khazanah semula jadi terutamanya
di pulau-pulau dan pesisiran pantai.