Page 23 - 20210817 - ECERDC Annual Report 2020 v5
P. 23
PUSAT
KECEMERLANGAN
ASIA UNTUK
TEKNOLOGI
PINTAR (ACES)
Pelan pembangunan untuk memacu Revolusi Industri 4.0 (I4.0)
yang memerlukan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran
dan berpengetahuan tinggi akan disokong oleh Asia Center of
Excellence for Smart Technologies (ACES) yang menyediakan
latihan berorientasikan industri bagi memastikan rakyat di peringkat
akar umbi dipersiapkan dengan kemahiran dan keupayaan yang
bersesuaian untuk pekerjaan di masa hadapan. ACES meneroka
pelbagai peluang agar dapat mewujudkan manfaat ekonomi
yang lebih luas dalam ECER selain berfungsi sebagai pemangkin
peralihan ke penerapan I4.0.