Page 106 - Laporan Tahunan BPF JKNS 2022
P. 106

LAPORAN TAHUNAN 2022





                  Seksyen Siasatan dan Pendakwaan, Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri
                  Sarawak bertanggungjawab dalam menyelaras, memantau dan melaksanakan
                  aktiviti  siasatan   dan    pendakwaan       termasuklah    pengurusan      terhadap
                  pengendalian ekshibit bagi memastikan tindakan undang-undang dikenakan ke
                  atas OKS  Orang Kena Saman / Orang Kena Siasat) yang menyalahi peruntukan
                  undang-undang atau peraturan yang dikuatkuasakan.

                  Untuk aktiviti siasatan, Pegawai Penyiasat  IO  bertanggungjawab mengumpul
                  maklumat-maklumat berkaitan kesalahan yang dilakukan oleh OKS sehingga
                  peringkat pendakwaan. Seterusnya Pegawai Pendakwa  PO  bertanggungjawab
                  menjalankan kes pendakwaan ke mahkamah bagi membuktikan terdapatnya
                  kesalahan terhadap OKS atau tertuduh.



                                      JADUAL 49  PENCAPAIAN UNIT SIASATAN

                                              TAHUN       TAHUN       TAHUN       TAHUN       TAHUN
                           PERIHAL
                                              2018        2019        2020         2021       2022
                     Jumlah Kes Yang Didaftar   77          79          77         82          89
                    Siasatan Selesai Selain Kes  69        56          60          84          89
                      Iklan  Termasuk NFA
                         Siasatan Iklan         1           1           1           2           1


                  Terdapat peningkatan kepada 90 kes siasatan selesai disiasat (termasuk 1 kes
                  iklan) pada tahun 2022 berbanding tahun-tahun sebelumnya. Semua Pegawai
                  Penyiasat diberi tanggungjawab untuk membuat siasatan dalam tempoh 120 hari
                  dari hari penerimaan kes daripada Pegawai Serbuan.










































                                                           105
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111