Page 110 - Laporan Tahunan BPF JKNS 2022
P. 110
LAPORAN TAHUNAN 2022
Seksyen Saringan Iklan berperanan menyelaras dan memantau iklan produk atau
kosmetik yang mempunyai tuntutan perubatan dan iklan perkhidmatan kesihatan
yang disiarkan melalui media cetak, media elektronik dan baru bagi memastikan
peruntukan undang-undang sedia ada dipatuhi.Iklan ubat-ubatan, rawatan
perubatan, kemudahan perubatan, kepakaran dan perkhidmatan berkaitan
dengan diagnosis, pencegahan dan rawatan penyakit atau sebarang keadaan
yang memberi kesan kepada tubuh manusia adalah di bawah kawalan Lembaga
Iklan Ubat, Kementerian Kesihatan Malaysia K.K.L.l.U .
Aktiviti saringan iklan dilaksanakan pada semua media iaitu media cetak, media
elektronik, media baharu, platform e-dagang dan di premis-premis perniagaan.
RAJAH 33 JUMLAH SARINGAN IKLAN DI SEMUA MEDIA OLEH CPF SARAWAK
Rajah menunjukkan saringan iklan di semua media dari tahun 2017 sehingga
tahun 2022. Sebanyak 183 saringan iklan dari media cetak, 659 saringan iklan
dari pemeriksaan premis, 999 saringan iklan dari media baru dan 88 sesi saringan
radio dibuat tahun 2022.
109