Page 112 - Laporan Tahunan BPF JKNS 2022
P. 112

LAPORAN TAHUNAN 2022





                  Aktiviti kesedaran di syarikat berunsur aestetik masih juga dijalankan pada tahun
                  2022. Antaranya adalah aktiviti ceramah serta pameran di “JO Sanctuary
                  Academy Kuching”, “De Beauty Academy Miri” dan “HNJ Beauty Spa & Academy
                  Bintulu”. Pendekatan ini penting bagi mendedahkan bakal pengusaha premis
                  kecantikan kepada isu produk tidak berdaftar terutamanya produk suntikan
                  kecantikan tanpa kelulusan yang semakin menular kebelakangan ini.

                  Beberapa aktiviti dengan kolaborasi dengan agensi lain turut dilaksanakan. Antara
                  yang   menjadi    tumpuan    adalah   dialog   bersama Kastam Diraja Malaysia
                  membincangkan isu kes melibatkan vape. Selain itu sesi dialog Cawangan
                  Penguatkuasaan Farmasi Sarawak bersama Tuan Hakim Mahkamah Sesyen Miri,
                  Tuan   Mohd     Taufik  Bin   Mohd    @   Mohd    Yusoff turut dilaksankan bagi
                  membincangkan isu-isu berkaitan undang-undang yang dikuatkuasakan.

                  Aktiviti kesedaran dan dialog yang memfokuskan pengimportan melalui pintu
                  masuk juga turut dilaksanakan, antaranya Dialog bersama syarikat Teleport,
                  Cawangan Penguatkuasaan Farmasi dan Kastam Diraja Malaysia.


                  Selain itu Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Sarawak juga ada melakukan
                  pameran bagi meningkatkan lagi kesedaran orang awam dan pemegang taruh
                  tentang undang-undang yang dikuatkuasakan. Antara pameran yang dibuat ialah
                  pameran bersempena Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat  ANMS
                  dan Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Sarawak.



















































                                                           111
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117