Page 111 - Laporan Tahunan BPF JKNS 2022
P. 111
LAPORAN TAHUNAN 2022
AKTIVITI KESEDARAN PENJUAL DAN
PEMEGANG TARUH
Unit Kesedaran Penjual dan Pemegang Taruh adalah unit dibawah seliaan
Seksyen Kawalan Iklan berperanan memberi maklumat dan pendidikan terkini
kepada penjual dan pemegang taruh.
RAJAH 34 PENCAPAIAN AKTIVITI KESEDARAN PENJUAL DAN PEMEGANG
TARUH YANG DILAKSANAKAN OLEH CAWANGAN PENGUATKUASAAN
FARMASI SARAWAK
Rajah menunjukkan bagi tempoh sepanjang tahun 2022, secara keseluruhannya
kesemua aktiviti kesedaran yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan
mencapai sasaran yang ditetapkan untuk tahun 2022.
Aktiviti bersama media telah dijalankan sepanjang tahun 2022 bersama Radio
Television Malaysia RTM di seluruh Sarawak antaranya RTM Kuching, RTM Sibu,
RTM Miri, RTM Limbang dan RTM Bintulu.Pelbagai topik berkaitan telah disentuh
didalam sesi temuramah radio ini. Bagi memastikan mesej yang ingin disampaikan
diterima oleh masyarakat berbilang kaum di Sarawak, Cawangan Penguatkuasaan
Farmasi Sarawak juga melakukakn sesi temubual radio dalam pelbagai Bahasa
sebagai contoh Bahasa Iban melalui Radio Wai FM.
110