Page 11 - Laporan Tahunan BPF JKNS 2022
P. 11
LAPORAN TAHUNAN 2022
Program Perkhidmatan Farmasi berperanan dalam pengurusan peruntukan bagi
ubat, vaksin, bukan ubat, reagen dan gas perubatan bagi Program Perubatan dan
Program Kesihatan Awam termasuk pemantauan dan cadangan pembahagian
peruntukan.
Bagi Program Perubatan, secara umumnya peruntukan untuk perolehan butiran
dalam senarai Approved Purchased Price List dan kontrak pusat
dipertanggungjawabkan kepada Pegawai Farmasi Hospital manakala peruntukan
untuk pembelian tempatan dipertanggungjawabkan kepada Cawangan Farmasi
Logistik Negeri, Pejabat Farmasi Bahagian Sibu, Sri Aman, Sarikei, Kapit, Miri dan
Limbang mengikut zon seliaan masing-masing. Hospital Umum Sarawak
merupakan satu-satunya hospital yang membuat perolehan sendiri bagi semua
butiran. Bagi reagan patologi, semua perolehan adalah diuruskan oleh Jabatan
Patologi di Hospital kecuali perolehan butiran Approved Purchased Price List yang
masih di bawah tanggungjawab pegawai Farmasi Hospital.
Peruntukan Ubat yang diterima pada Tahun 2022 telah menunjukkan peningkatan
yang sebanyak 31% berbanding dengan tahun 2021. Dengan peralihan ke fasa
endemik Covid-19 sejak bulan April 2022, prosedur-prosedur seperti prosedur
surgikal, implant, program khas seperti klinik katarak, lawatan pesakit atau
rawatan susulan pesakit ke klinik pakar atau hospital telah beroperasi seperti
biasa menyebabkan penggunaan ubat yang meningkat berbanding dengan tahun
2021.
Selain itu, peruntukan bagi Gas Perubatan masih menunjukkan peningkatan
sebanyak 15% berbanding dengan tahun 2021. Pertambahan peruntukan ini
adalah disebabkan oleh peningkatan kes kemasukan pesakit ke wad-wad hospital
disebabkan oleh wabak Covid-19, penyakit COPD Chronic Obstructive
Pulmonary Disease), penyakit Influenza like illness ILI dan sebagainya serta
peningkatan keperluan gas berikutan pembukaan klinik-klinik pakar dan Daycare
OT di Daycare Centre Hospital Umum Sarawak, penggunaan VIE tank yang
meningkat di beberapa hospital di Sarawak.
10