Page 7 - Laporan Tahunan BPF JKNS 2022
P. 7

LAPORAN TAHUNAN 2022





                  Pengurusan Sumber Manusia Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
                  ditadbir oleh Cawangan Pengurusan Farmasi melalui Seksyen Sumber Manusia
                  dan Kerjaya dengan sokongan Cawangan Sumber Manusia, Jabatan Kesihatan
                  Negeri Sarawak  JKNS . Seksyen Sumber Manusia dan Kerjaya merancang
                  keperluan sumber manusia untuk perkhidmatan farmasi di seluruh Sarawak dan
                  memastikan kesinambungan perkhidmatan farmasi kepada rakyat Sarawak.
                  Seksyen ini juga bertanggungjawab menguruskan penempatan dan anggota
                  farmasi di fasiliti-fasiliti kesihatan negeri dan juga menyelaras pembangunan
                  laluan kerjaya anggota farmasi JKN Sarawak.

                  Sumber Manusia Farmasi JKN Sarawak adalah merangkumi jawatan Pegawai
                  Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi. Sehingga 31 Disember 2022, terdapat
                  687 jawatan Pegawai Farmasi dan 523 jawatan Penolong Pegawai Farmasi. JKN
                  Sarawak telah menerima 21 waran jawatan Pegawai Farmasi baharu pada tahun
                  2022 yang ditempatkan di fasiliti hospital JKN Sarawak. Bagi jawatan Penolong
                  Pegawai Farmasi, terdapat 1 waran jawatan Gred U32 dan 2 waran jawatan Gred
                  U29 diterima.


                  Sehingga 31 Disember 2022, pengisian bagi jawatan Pegawai Farmasi adalah
                  pada 92.3% iaitu 634 pengisian daripada 687 jawatan. Bagi jawatan Penolong
                  Pegawai Farmasi pula, pengisian adalah pada 93.7% iaitu 490 pengisian daripada
                  523 jawatan.

                  Bagi jawatan Pegawai Farmasi Lantikan Kontrak, sehingga 31 Disember 2022,
                  seramai 153 orang pegawai masih berkhidmat di fasiliti-fasiliti kesihatan sekitar
                  JKN Sarawak. Pada tahun 2022, seramai 71 orang Pegawai Farmasi Provisional
                   PRP  telah memulakan latihan siswazah di fasiliti latihan siswazah JKN Sarawak
                  manakala 61 orang PRP telah berjaya menamatkan latihan siswazah pada tahun
                  2022.









































                                                            6
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12