Page 8 - Laporan Tahunan BPF JKNS 2022
P. 8

LAPORAN TAHUNAN 2022





                                          PEGAWAI FARMASI




                  Jumlah perjawatan Pegawai Farmasi adalah sebanyak 687 jawatan. Setakat 31
                  Disember 2022, terdapat pengisian jawatan sebanyak 634 Pegawai Farmasi yang
                  ditempatkan di JKNS        Peratus pengisian jawatan: 92.3% . Butiran pengisian
                  jawatan pada tahun 2022 adalah seperti berikut:



                     JADUAL 1  BILANGAN PERJAWATAN DAN PENGISIAN PEGAWAI FARMASI

                                                                                             PERATUS
                   TEMPAT                                 JAWATAN        ISI      KOSONG         %
                                                                                             PENGISIAN
                   Bahagian Perkhidmatan Farmasi  Ibu Pejabat)  12       12          0         100.0
                   Penguatkuasa Farmasi                      48          43          5         89.6
                   Farmasi Logistik                          24          24          0         100.0
                   Hospital                                 428         392         36          91.6
                   Klinik Kesihatan                          175        163          12         93.1
                   JUMLAH                                   687         634         53         92.3


                  Selain daripada Pegawai Farmasi Lantikan Tetap, jumlah Pegawai Farmasi turut
                  disumbang dengan penempatan Pegawai Farmasi Lantikan Kontrak. Bilangan
                  Pegawai Farmasi dengan mengambil kira Pegawai Farmasi Lantikan Kontrak dari
                  tahun 2018 sehingga 2022 adalah seperti di berikut:



                                      JADUAL 2  BILANGAN PEGAWAI FARMASI


                                                                              PF        PF
                             GRED      GRED     GRED      GRED      GRED
                    TAHUN                                                   KONTRAK  KONTRAK   JUMLAH
                             UF54      UF52     UF48      UF44      UF41
                                                                              FRP       PRP
                    2018      19        62       147      260       69        75       126       758
                    2019      31        56       163      274       46        184       92       846
                    2020      35        78       176      224       94        220       55       882
                    2021      56        85       195      204        87       227       65       919
                    2022      79        98       217       182      64        153       71       864

                  Terdapat peningkatan jumlah Pegawai Farmasi pada tahun 2018 sehingga tahun
                  2021, namun pada tahun 2022, terdapat penurunan yang disumbangkan
                  beberapa faktor. Antara faktor penyumbang adalah peletakan jawatan dari
                  Pegawai Farmasi, Pegawai Farmasi Lantikan Kontrak tidak menyambung kontrak
                  dan pertukaran Pegawai Farmasi ke luar negeri Sarawak.













                                                            7
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13