Page 51 - Laporan Tahunan BPF JKNS 2022
P. 51

LAPORAN TAHUNAN 2022





                  PUSAT PEMBEKALAN UBAT SUSULAN SETEMPAT  PPUSS

                  Sebagai langkah untuk mengurangkan kesesakan di farmasi hospital dan klinik
                  kesihatan terutamanya semasa pandemik Covid-19, Bahagian Perkhidmatan
                  Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah menubuhkan beberapa Pusat
                  Pengambilan Ubat Susulan Setempat  PPUSS  di Sarawak. PPUSS merupakan
                  satu lokasi khas yang diwujudkan di luar fasiliti kesihatan induk hospital/ klinik
                  kesihatan untuk tujuan pembekalan ubat susulan kepada pesakit yang berdaftar
                  dengan perkhidmatan VAS pada tarikh yang ditetapkan.

                  Setakat Disember 2022, terdapat 11 PPUSS yang telah diwujudkan di Sarawak
                  iaitu di:

                      ●  Urban Transformation Centre  UTC  Kuching
                      ●  Urban Transformation Centre  UTC  Sibu
                      ●  Urban Transformation Centre  UTC  Miri
                      ●  Klinik Kesihatan Taman Malihah, Kuching
                      ●  Klinik Komuniti Sungai Plan, Bintulu
                      ●  Klinik Komuniti Taman Rejang, Sibu
                      ●  Klinik Komuniti Teku, Sibu
                      ●  Klinik Komuniti Farley, Sibu
                      ●  Klinik Komuniti Permyjaya, Miri
                      ●  Klinik Komuniti Taman Tunku, Miri (berkonsepkan loker ubat)
                      ●  Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak

                  Konsep PPUSS ini juga diperluaskan dan diaplikasikan di beberapa tempat lain di
                  Sarawak bagi memudahkan pengambilan ubat susulan oleh pesakit iaitu di Klinik
                  Komuniti Bandong Sibu, Klinik Komuniti Permai Sibu dan Pejabat Kesihatan
                  Daerah Kapit.

                  Pada masa yang sama, Inovasi Perkhidmatan Walk-Through juga diperkenalkan di
                  Unit Farmasi Klinik Kesihatan Kota Sentosa dan Klinik Kesihatan Jalan Merbau.
                  Disamping itu, beberapa fasiliti kesihatan KKM juga telah memperkenalkan
                  perkhidmatan Locker 4U yang membolehkan pesakit mengambil ubat susulan
                  mereka melalui loker ubat tanpa perlu pergi ke kaunter farmasi.































                                                            50
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56