Page 46 - Laporan Tahunan BPF JKNS 2022
P. 46
LAPORAN TAHUNAN 2022
UBAT MELALUI POS MALAYSIA UMP
Perkhidmatan Ubat Melalui Pos UMP merupakan perkhidmatan penghantaran
bekalan ubat susulan pesakit ke destinasi pilihan pesakit dengan caj
penghantaran. Perkhidmatan ini ditawarkan kepada pesakit yang mematuhi
kriteria yang ditetapkan oleh pihak farmasi dan Pos.
Perkhidmatan UMP ini membolehkan ubat dihantar terus ke rumah pesakit tanpa
pesakit perlu datang ke hospital atau klinik kesihatan untuk mengambil bekalan
ubat susulan terutamanya semasa tempoh pandemik Covid-19.
Perkhidmatan ini disediakan hasil daripada kerjasama antara Kementerian
Kesihatan Malaysia dan Pos Malaysia Berhad. Penghantaran ubat adalah
menggunakan perkhidmatan PosLaju dan tertakluk kepada lingkungan kawasan
pungutan dan serahan PosLaju. Caj penghantaran adalah ditanggung oleh pesakit
mengikut destinasi ubat dan berat bungkusan yang dihantar. Pembayaran dibuat
kepada anggota Pos Malaysia yang membuat penghantaran bekalan ubat
tersebut.
Bagi meringankan beban pesakit, kos penghantaran ubat melalui perkhidmatan
UMP telah ditanggung oleh Kementerian Kesihatan Malaysia semasa tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan pandemik Covid-19 iaitu bermula 05 April 2020
sehingga hujung bulan Jun 2020.
Perkhidmatan Ubat Melalui Pos Malaysia UMP di Sarawak telah diperluaskan
dan setakat Disember 2021 terdapat sejumlah 17 fasiliti kesihatan di Sarawak
yang kini menawarkan servis ini seperti berikut:
● Hospital Umum Sarawak
● Hospital Sibu
● Hospital Miri
● Hospital Bintulu
● Pusat Jantung Sarawak
● Hospital Sarikei
● Klinik Kesihatan Jalan Masjid
● Klinik Kesihatan Petra Jaya
● Klinik Kesihatan Tanah Puteh
● Klinik Kesihatan Batu Kawa
● Klinik Kesihatan Kota Sentosa
● Klinik Kesihatan Jalan Oya, Sibu
● Klinik Kesihatan Lanang, Sibu
● Klinik Kesihatan Sarikei
● Klinik Kesihatan Bintulu
● Klinik Kesihatan Miri
● Klinik Kesihatan Tudan
45