Page 47 - Laporan Tahunan BPF JKNS 2022
P. 47
LAPORAN TAHUNAN 2022
FARMASI PANDU LALU
Perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu telah ditawarkan di Sarawak bagi mengatasi
masalah yang dihadapi pesakit untuk mendapatkan bekalan ubat susulan mereka
seperti sukar mendapat ruang parkir kenderaan, kesesakan di kaunter farmasi
serta masa menunggu di farmasi yang lama.
Perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu yang ditawarkan ini menyediakan kemudahan
alternatif untuk pesakit mendapatkan bekalan ubat susulan mereka di luar
kawasan farmasi di mana para pesakit tidak perlu menunggu lama dan juga tidak
perlu bersusah payah mencari ruang parkir di hospital/klinik kesihatan tanpa perlu
memasuki bangunan hospital semasa tempoh wabak Covid-19.
Berikut merupakan Farmasi Pandu Lalu yang telah ditubuhkan di Sarawak setakat
Disember 2021
Hospital Umum Sarawak
Lokasi: Kozi Square Mall bersebelahan dengan Hospital Umum Sarawak
46