Page 49 - Laporan Tahunan BPF JKNS 2021 - MOH_P_SAR_02.23 (AR)
P. 49

CAWANGAN AMALAN & PERKEMBANGAN FARMASI





                 JADUAL 29: PERBANDINGAN PERATUS PRESKRIPSI SUSULAN DISPENS
                                               MENGGUNAKAN VAS













             *Untuk  tahun  2019,  2020  dan  2021,  hanya  17  KK  yang  tersenarai  untuk  sasaran  KPI
             diambil kira.







             Uba¶ Melal¾i Pz¨ Malaݨia (UMP)



             Perkhidmatan  Ubat  Melalui  Pos  (UMP)  merupakan  perkhidmatan  penghantaran
             bekalan  ubat  susulan  pesakit  ke  destinasi  pilihan  pesakit  dengan  caj  penghantaran.
             Perkhidmatan ini ditawarkan kepada pesakit yang mematuhi kriteria yang ditetapkan

             oleh pihak farmasi dan Pos.


             Perkhidmatan  UMP  ini  membolehkan  ubat  dihantar  terus  ke  rumah  pesakit  tanpa
             pesakit perlu datang ke hospital atau klinik kesihatan untuk mengambil bekalan ubat
             susulan terutamanya semasa tempoh pandemik COVID-19.


             Perkhidmatan ini disediakan hasil daripada kerjasama antara Kementerian Kesihatan
             Malaysia  dan  Pos  Malaysia  Berhad.  Penghantaran  ubat  adalah  menggunakan

             perkhidmatan  PosLaju  dan  tertakluk  kepada  lingkungan  kawasan  pungutan  dan
             serahan PosLaju. Caj penghantaran adalah ditanggung oleh pesakit mengikut destinasi
             ubat  dan  berat  bungkusan  yang  dihantar.  Pembayaran  dibuat  kepada  anggota  Pos
             Malaysia yang membuat penghantaran bekalan ubat tersebut.



             Bagi meringankan beban pesakit, kos penghantaran ubat melalui perkhidmatan UMP
             telah  ditanggung  oleh  Kementerian  Kesihatan  Malaysia  semasa  tempoh  Perintah
             Kawalan Pergerakan pandemik COVID-19 iaitu bermula 05 April 2020 sehingga hujung
             bulan Jun 2020.






                                                           47
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54