Page 50 - Laporan Tahunan BPF JKNS 2021 - MOH_P_SAR_02.23 (AR)
P. 50

CAWANGAN AMALAN & PERKEMBANGAN FARMASI




              Perkhidmatan  Ubat  Melalui  Pos  Malaysia  (UMP)  di  Sarawak  telah  diperluaskan  dan
              setakat  Disember  2021  terdapat  sejumlah  17  fasiliti  kesihatan  di  Sarawak  yang  kini

              menawarkan servis ini seperti berikut:


                 Hospital Umum Sarawak
                 Hospital Sibu
                 Hospital Miri
                 Hospital Bintulu
                 Pusat Jantung Sarawak

                 Hospital Sarikei
                 Klinik Kesihatan Jalan Masjid
                 Klinik Kesihatan Petra Jaya
                 Klinik Kesihatan Tanah Puteh
                 Klinik Kesihatan Batu Kawa
                 Klinik Kesihatan Kota Sentosa

                 Klinik Kesihatan Jalan Oya, Sibu
                 Klinik Kesihatan Lanang, Sibu
                 Klinik Kesihatan Sarikei
                 Klinik Kesihatan Bintulu
                 Klinik Kesihatan Miri
                 Klinik Kesihatan Tudan





              Fa ma¨i Paod¾ Lal¾


              Perkhidmatan  Farmasi  Pandu  Lalu  telah  ditawarkan  di  Sarawak  bagi  mengatasi
              masalah  yang  dihadapi  pesakit  untuk  mendapatkan  bekalan  ubat  susulan  mereka

              seperti  sukar  mendapat  ruang  parkir  kenderaan,  kesesakan  di  kaunter  farmasi  serta
              masa menunggu di farmasi yang lama.


              Perkhidmatan  Farmasi  Pandu  Lalu  yang  ditawarkan  ini  menyediakan  kemudahan
              alternatif  untuk  pesakit  mendapatkan  bekalan  ubat  susulan  mereka  di  luar  kawasan
              farmasi  di  mana  para  pesakit  tidak  perlu  menunggu  lama  dan  juga  tidak  perlu
              bersusah  payah  mencari  ruang  parkir  di  hospital/klinik  kesihatan  tanpa  perlu
              memasuki bangunan hospital semasa tempoh wabak COVID-19.








                                                           48
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55